Friday, February 25, 2011

Cikgu Shida Dari Parit.


Lagu Ketulusan Hati dimimingkan.



Cikgu Shida dari Parit, siapa?Ada yang kenal ,ada yang tidak.Cikgu ini popular di You Tube adalah seorang guru mengajar murid darjah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang,Bota Kiri,Perak.
Apa istemewanya Cikgu ini.
Sebelum saya komen sikit tentang Cikgu Shida tontonlah video clip dan hayatilah.
Cikgu Shida orang nya jenis "happy go lucky" atau orang penang cakap'mangkaq' tapi kreatif.Video clip yang beliau buat, semua nya dibuat sendiri iaitu pelakon,pengarah, costume,editing dan camera women,boleh dikatakan apa yang di lihat dalam videoclipnya,semua dibuat sendiri..Ramai juga yang mengutuk tindakan seorang guru yang menghasilkan video ini yang dimuat turunkan dalam You Tube.Bagi saya tindakan nya itu tidak menyalahi apa apa kesalahan,kerana professionnya adalah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah tapi ingat, kita manusia menpunyai keinginan yang berbeza.Ramai juga cuba meniru cara Cikgu Shida membuat videoclip ini tapi tak menjadi pun,kerana apa?? Jawapannya adalah susah!!!



Lagu Kalau Berpacaran yang dilakunkan amat berkesan sekali.



Kebanyakan Videoclip di You Tube yang dihasilkan oleh Cikgu Shida mandapat sambutan amat mengalakkan,walaupun pada mulanya, beliau hanya suka suka saja.Dua videoclip yang saya muatkan dalam blog saya ini adalah yang paling berkesan sekali kerana perwatakan dalam videoclip itu amat sempurna ,lihat sajalah lagu Kalau Berpacaran yang mempunyai tiga watak yang berlainan hanya dilakonkan oleh beliau sendiri.Belau pandai melakonkan watak seorang lelaki yang alim,seorang perempuan yang manja dan seekor syaitan untuk mengoda manusia,patutlah videoclip ini mendapat lebih 700,000 views di You Tube.
Lagu Ketulusan Hati yang dimimingkan dan dilakunkan oleh beliau dapat saya rasai keasyikannya daripada penyanyi asal.Boleh saya katakan ,kalau Kudsia Kahar tengok videoclip ini mesti menangis punya,gua cakap luuu... Lihatlah perhayatan dalam videoclip ini,bagaimana mimik muka beliau dapat mengujudkan berbagai perasaan, yang susah dilakunkan oleh kebanyakan penyanyi.Tidak hairanlah TV9 menjemputnya menjadi tetamu dalam rancangan Apa apa saja FBI,pengacaranya Faisal Ismail.



Nota:Selepas ini ramai pengiklan akan mengejar Cikgu Shida....,demand la sikit.....

Sunday, February 20, 2011

Kebakaran di Tanah Perkuburan.


Keadaan selepas berlaku kebakaran.



Ahad 20hb feb.
Kebakaran telah berlaku di sebelah tanah perkuburan Bayan Lepas tapi tiada kecederaann hanya berlaku keadaan kelam kabut dan terpaksa memanggil Bomba untuk memadam kebakaran tersebut.
Kejadian ini berlaku apabila ahli kariah Masjid Bayan Lepas membersih Tanah wakaf di sebelah Tanah Perkuburan.Secara tidak sengaja seorang daripada ahli kariah telah membakar longgokan sampah dan tiba tiba api telah menyambar belukar yang terdapat di situ.Apa lagi ,api terus menyala dengan pantas sekali menyebabkan berlaku keadaan panik,tapi ada tiga empat orang berani cuba memadam kebakaran tersebut.Bomba datang dalam masa 20 minit tapi kebakaran itu berjaya dipadam sebaik Bomba tiba.






Bomba telah tiba setelah api terpadam





Lihat hero hero ahli kariah Bayan Lepas cuba memadam kebakaran





Nota: Mungkin agak terkejut juga apabila ahli bomba memberi tahu bahawa sesesiapa yang membakar hutan dengan sengaja atau tidak ,Jabatan Alam Sekitar akan mengeluarkan saman sebanyak rm 500,000.00. wow!!!

Saturday, February 12, 2011

Isu Taman Pelangi,Juru ..



Pandai pula kroni Dap ni,tutup kedai.




Kedai kedai kroni Dap yang bersebelahan tidak dirobohkan.






Tahniah Guan Eng kerana melaksanakan undang undang Khalifah Umar Abdul Aziz untuk orang Islam saja dan kaum Dap kira tak payah buat kerana sebelum PRU12 beliau telah berjanji akan menjalankan undang undang Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah mendapat sokongan padu dari warga(melayu) Pulau Pinang.Justeru terpaksalah ,sesiapa yang tidak ada lesen berniaga dirobohkan premis perniagaan mereka..
Pada pilihanraya yang akan datang mungkin semua orang melayu akan mengundi Barisan Nasional,tapi sudah terlambat. DAP akan bertanding 19 kerusi dan 3 lagi kerusi Dun Pkr yang sah sah semua nya akan menang kerana majoritinya semuanya kaum Dap belaka.Kesimpulannya atau senang cakap bahawa Pulau Pinang akan garenti diperintah oleh DAP buat selama lama nya.



Di bawah ni ,dengarlah perjelasan dari Tuan Haji MPSP merangkap boneka Guan Eng. Dan tengok bagaimana Guan Eng buat buat tak tahu tapi tunjuk pada Pak Haji macammana nak cakap perihal kejadian ini.Bagaimana pula struktur haram yang lain yang terdapat bersebelahan tempat kejadian tersebut????

Friday, February 4, 2011

Jalan jalan makan angin: Perlis


Pekan Rabu yang penuh sesak.



Permandangan Tasik Melati



Gerai gerai yang terdapat di Sungai Bahru







Pencari siput Metarang.



Medan selera terletak tepi kuala sungai .




Menu senarai harga cafe Hotel Putra Brasmana




Cantiknya permadangan resort ini.





Chalet yang terletak di atas bukit.


Jam 7.45 pagi: Bertolak dengan kereta menuju Timah Tasoh Resort Perlis.

Jam 10.30 pagi: Singgah tepi jalan ,ada satu warong nasi,pekena dulu nasi campur dan teruskan perjalanan.

Jam 10.45 pagi: Sampai ke resort ,tujuan kami adalah untuk bermalam di resort ini. Memandangkan keadaan tempat nya seperti dalam hutan,walaupun suasananya cantik dan nyaman, maka semua bersetuju batalkan dan patah balik ke Kangar.

Jam 11.30 pagi: Kami singgah di hotel Putra Palace bercadang nak menginap tapi tak jadi kerana suasana bandar yang panas lagi berdebu dan kami membuat keputusan pergi Kuala Perlis pula.

Jam 12.00 tengahhari: Kami tiba di Kuala Perlis, booking bilik hotel Putra Brasmana betul betul berdekatan dengan pelabuhan Feri Pelabuhan.Kami dapat hanya satu bilik kerana semuanya sudah penuh(kami memerlukan dua bilik).Tetapi kami tidak dapat masuk bilik kerana check in pukul dua.Sebelum kami tunggu bilik,kami pun pergi makan di warung tepi kuala sungai dan ronda ronda perkampungan nelayan Sg Baru,tengok nelayan berlabuh bot di dalam sungai dan orang jual ikan segar,best jugak!! Patah balik pergi hotel.

Jam 1.30 petang : Masuk bilik ada yang mandi dan ada yang tidur.... Terasa nak makan
dan order makanan dalam bilik.Harga makanan dalam hotel boleh dikatakan berpatutan, tidak dapat harga ini di mana mana hotel tiga bintang(saya sertakan lampiran senarai menu di atas),lepas itu semua tidur kerana kekeyangan dan letih....,dan bangun lewat petang.

Jam 6.00 petang :Aktiviti dimulakan dengan pergi ke medan selera yang berhadapan dengan hotel kami.Terdapat banyak gerai ikan bakar di medan selera ini, boleh pilih yang mana satu pun tak apa,kerana semuanya sedap sedap belaka.Kami pun order siakap bakar,ketam masak pedas,tomyam campur,terung bakar dan minuman.Semua nya makan dengan banyaknya sekali(nasi semua kami tambah).Tapi sayang tempat ini kotor dan perlu kemas kinikan kerana sistem pembuangan sampah tidak teratur.

Jam 7.30 malam: Pekan Kuala Perlis baru nampak hidup pada malam hari kerana ramai pengujung yang datang ke sini,mungkin siang hari di sini terlalu panas .Terdapat perkhimatan kereta kuda jika anda ingin melihat suasana malam di Kuala Perlis.Lepas makan kami relax di benteng tepi laut dan kami dapat merasai angin sepoi sepoi bahasa.

Jam 8.30 malam : Balik ke hotel dan menonton Raja lawak astro di Lobby hotel...Pukul 12.00 tengahmalam tidur.

Jam 7.30 pagi: Bersiap untuk sarapan pagi di cafe hotel.Selesai makan ,kami teruskan aktiviti meronda.


Jam 9.00 pagi: Bergerak melalui sepanjang jalan tepi pantai melihat orang mencari siput metarang dan sampai ke Sungai Bahru .Di sungai bahru peniaga menjual hasil laut
yang segar segar di tepi kuala sungai baru.Harga boleh dikatakan murah daripada Penang.Kami teruskan penjalanan ke kangar ,nak shopping di Komplek Kayangan Square,tapi kedai banyak yang tutup mungkin kerana perkedai masih menyambut perayaan Tahun Baru Cina.Kami ambil keputusan pergi ke Tasik Melati lebih kurang 5 kilometer dari bandar Kangar,tempat cantik dan bersih.Tidak sempat menikmati keindahan tasik ini,kami terpaksa balik ke hotel kerana masa tak mengizinkan...

Jam 12.00 tengahari:Berkemas barang untuk balik,setelah siap kami pun check out hotel.

Jam 12.45 petang : Kami bercadang balik menggunakan jalan lama,konon konon nak tengok keindahan tepi jalan,tapi lebih kurang 10 kilometer dari bandar Alor Setar trafik jem,cari jalan alternatif lain pula.Kami guna pulak jalan ke Gunung Keriang dapat juga melihat keindahan Gunung tersebut tapi di sini kebersihan kurang memuaskan .Di situ ramai perniaga menjual garam bukit yang diambil daripada atas gunung tersebut.Garam bukit di percayai dapat menyembuh beberapa penyakit dan kami tak membeli pun kerana kurang percaya sikit.

Jam 3.00 petang: Masuk bandar Alor Setar dan singgah di Pekan Rabu,nak tinjau apa yang nak dibeli,dapatlah orang dapur membeli dua selimut jenama Narita,itupun setelah berunding harga, baru mendapat rm 80.00.

Jam 6.00 petang : Selamat sampai di rumah,semua keletihan dan saya terus masuk tidur...


Nota: Makan angin ke Perlis boleh di katakan seronok juga walaupun dekat saja....jumpa lagi di lain episod....

Wednesday, February 2, 2011

Gotongroyong perkuburan Bayan Lepas





Baru baru ni kariah masjid Bayan Lepas mengadakan gotong royong membersih tanah perkuburan di Bayan Lepas melibatkan semua kampung dan taman perumahan.Kedatangan yang datang amat memberangsangkan lebih kurang 70 orang,semua nya membawa peralatan masing masing.Tapi sayang juga ,penduduk tempatan kurang dari yang luar,kemana menghilang pun tak tau...
Gotongroyong bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada tengahhari.Makanan yang di hidang amat banyak sekali nasi lemak,roti canai,bihun,nasi dari Cargas Cafe dan minuman seperti mineral,teh dan sirap.Terima kasih pada spourser spourser.