Saturday, March 26, 2011

Jom ronda ronda dan cari makan ke Tanjung Dawai.

Jam 5.10 petang: Mula perjalanan dari Bayan Lepas.Seperti biasa ,apabila nak keluar dari Pulau Pinang trafik bergerak perlahan ditambah pula dengan hujan.Setelah melepasi Jambatan P.Pinang ,BL mengambil utara Lebuhraya Utara Selatan tapi
malangnya trafik bergerak terlalu perlahan menyebabkan BL menuju masuk ke Lebuhraya BORR.

Jam 5.55 petang:Rehat di Lebuhraya ini,tinjau tinjau kawasan ini yang merupakan tempat makan sambil beriadah.Boleh dikatakan menarik juga kerana tempat ini berada di tepi pantai dan boleh lihat pandangan menarik Bandar George Town dari jauh.Lebih kurang sepuluh minit berada di sini BL meneruskan perjalanan dan masuk ke Lebuhraya Utara Selatan semula.

Jam 6.50 petang: BL sampai ke Komplek Jeti Sg Merbok,betul betul tepi sungai.Di sini merupakan tempat rekreasi hutan paya laut,tapi sayang BL tak dapat turun dari kenderaan kerana hujan turun terlalu lebat dan tak dapat juga mengambil gambar di tempat ini.

Jam 7.30 malam :Hujan renyai renyai apabila BL sampai ke Komplek Arked Tanjung Dawai.Tempat ini adalah tempat menjual berjenis jenis ikan kering dan hasil laut.Tapi anda tidak digalakkan datang pada waktu malam kerana banyak kedai tak beroperasi pada waktu ini.Apa lagi orang rumah BL bershopping sakan,selagi tangan tak penuh dengan beg tak balik la... Di sini anda boleh melihat dari jauh Pantai Merdeka yang dipisahkan oleh Sungai Merbok.Alangkah baiknya jika kerajaan membina se buah jambatan menyeberangi sungai ini,taklah pekan ini menjadi pekan koboi.

Jam 8.30 malam:Perut terasa lapar kami pun menuju ke medan ikan bakar yang terdapat di sepanjang jalan Tanjung Dawai.BL pun memilih tempat yang ramai sikit pelanggan kerana mungkin tempat ini makanan nya sedap(Maknjang Ikan Bakar Warisan).BL terus memilih ikan siakap masak steam,ketam dan udang besar masak pedas dan minuman.Tempat ini servicenya agak kelam kabut sikit.Order makanan terlalu lama walaupun pelanggan kurang ramai.Makanannya pula BL rasa kurang sedap kerana siakap sungai(berbau lumpur),ketam(medak sikit) dan udang kurang fresh.Tapi tak apalah kerana BL lapar sangat.

9.30 malam :BL pun menuju balik ke Pulau Pinang.




Pandangan di tempat rehat Lebuhraya BORR.




Terdapat kedai makan di tempat rehat BORR.




Jalan masuk ke Jeti Pelancungan Sungai Merbok.



Jeti di Komplek Arked Tanjung Dawai.



Gerai gerai yang terdapat di komplek ini.



Berjenis jenis ikan kering.




Komplek Arked Tanjung Dawai.



Memilih ikan untuk dimasak.



Tempat BL makan








Saturday, March 19, 2011

Kurau Stone Fishing And Highland Stay- Homestay


Suasana malam di pekan Batu Kurau




Pekerja....





Suasana malam di tempat makan



Kenderaan ATV untuk disewa




Pemancing sedang menunggu tangkapan di kolam yang disediakan.




Chalet chalet terletak dilereng bukit.







Kerja menambahan chalet.




Berbagai bentuk chalet







Ada juga tempat mainan kanak kanak.




Pentas live band




Ruang makan





Tempat makan dalam pondok.



Pekan Batu Kurau pada waktu siang.






Episod kali ini Jalan Jalan Cari Makan, Bayan Lepas(BL) ke Kurau Stone fishing And Highland Stay di Batu Kurau,Perak.BL bertolak dari rumah pukul 4 petang.Seperti biasa apabila nak keluar dari P.Pinang trafik bergerak perlahan hingga ke Tol Juru.Apabila sampai saja ke Tol Juru,mendung gelap menyelubugi suasana.
Kami teruskan perjalanan,setibanya di Sungai Bakap hujan pun turun dengan lebatnya dan terpaksalah BL memandu dengan perlahan ditambah pula banyak kenderaan berat yang mengakibatkan percikan air hujan ke cermin kereta BL mengaburi pandangan.Perjalanan ini amat membosankan BL,dahlah memandu dengan perlahan dan tak dapat melihat suasana keliling kerana dek hujan ini.
Sampai saja susur keluar Bukit Merah(exit 150) hujan hanya renyai renyai sahaja.Selepas bayar tol, di depan ada satu simpang,lalu BL mengambil jalan menuju ke Taiping.Dari sini menuju ke pekan Batu Kurau jaraknya lebih kurang hanyalah 30 kilometer.Dan kami sampai juga ke pekan Batu Kurau jam 6.15 petang(mengikut perkiraan, biasanya cuma satu setengah jam sahaja).
Tidak susah untuk mencari homestay ini kerana terdapat papan tanda dan tempat ini terletak di kawasan pekan Batu Kurau juga,cuma jalan masuk ke homestay ini, 200 meter dari jalan besar.Panorama bukit di sekitar kawasan ini amat mengasyikan BL.Terdapat chalet chalet terletak di lereng lereng bukit dan dibelakang chalet ini boleh nampak kehijauan hutan dan kabus yang memutih.Boleh dikatakan bahawa tempat ini sesuai untuk semua golongan kerana mempunyai aktiviti seperti memancing di kolam ikan yang disediakan dan bagi yang meminati kegiatan lasak bolehlah menyewa kenderaan ATV untuk menikmati suasana hutan dan kampung.
Di tempat ini anda boleh memilih tempat makan berpondok atau dewan dan terdapat juga pentas untuk live band.Tapi sayang BL sampai awal kerana live band bermula pukul 9 malam.BL pun memesan satu set makanan untuk tiga orang yang berharga rm 49.90 iaitu siakap masam masam manis,tomyam campur,kailan ikan masin,telor dadar,ulam timun dan minuman satu jar air tembikai.Mungkin anda rasa makanan ini sedap tetapi mungkin anda rasa hampa kerana ikan siakapnya adalah siakap air tawar(berbau lumpur, berbanding siakap air laut),tomyamnya pula tidak merasa apa apa dan air tembikainya pula terlalu cair dan BL harap resort ini dapat mencari idea untuk mengatasi masalah ini.Selesai makan BL pun bertolak balik melalui jalan Kemunting dan masuk lebuh raya.

Sunday, March 13, 2011

Ke majlis kenduri kahwin.


Pelan ke tempat kenduri



Kad jemputan kahwin kawanku, Idrus dan pasangannya


Keadaan dalam Restoran Pen Mutiara


Bangunan tempat kenduri diadakan




Hari ini pergi kenduri kawan satu kampung yang di adakan di Restoran Pen Mutiara terletak di Pelabuhan Batu Maung.Ini adalah pertama kali saya pergi makan kenduri di restoran ini,boleh dikatakan ada bintang juga kerana tempatnya selesa.Makanannya adalah biasa saja macam tempat kenduri yang lain iaitu nasi minyak,daging kurma dan ayam masak merah.Pencuci mulut pula, ada puding dan beberapa jenis kuih,bolehla..., tahan masakannya.Kalaulah kenduri buat masakan ikan,kan ka best.....
Balik pada kenduri, saya relax sekejap, handphone berbunyi dan seorang kawan memaklumkan bahawa Mokhtar(loko) yang tinggal di Permatang Damar Laut meninggal dunia.Pada mulanya saya kurang percaya dengan berita ini kerana baru semalam saya berjumpa dan bercakap dengannya.Walau bagaimana pun saya mengucapkan takziah pada keluarga nya dan Al Fatihah pada Allahyarham,semoga rohnya berada bersama sama orang yang soleh.Selamat tinggal kawanku yang sama sama pergi ke laut(memukat ikan). yang sebelum ini botnya menjadi teman bersembang dengan bot saya di tengah laut.



Nota: Laut menjadi sunyi tanpamu.......

Monday, March 7, 2011

Pokok petai menangis


Pokok petai ini yang menjadi tumpuan orang ramai.




Terkejut juga mendengar berita pokok petai boleh menangis dan mengeluarkan air seperti hujan yang belaku di Pinang Tunggal ,Kepala Batas ,P.Pinang.Mula mula tu saya hampir percaya dengan cerita karut yang di bawa oleh orang kita,maklum lah orang yang membawa cerita tu adalah jenis orang yang terpelajar.
Bayangkan, apabila tersebarnya berita ini maka ramai orang datang berpusu pusu dari seluruh Malaysia untuk menyaksikan kejadian pelik ini.Ada yang menadah air untuk dijadikan penawar dan entah apa apa lagi ,padahal air yang terjatuh dari pokok petai itu adalah air kencing sejenis serangga reriang yang selalu hinggap di pokok petai.Hinggakan pegawai Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) bertindak menampal notis larangan pemujaan pada pokok itu. Kebanyakan orang kita suka mempercayai benda benda karut tanpa menyelidik dulu sebabnya.Bukan ini saja kejadian yang berlaku,malah ada banyak lagi kejadian yang tak masuk akal.

Salah satunya saya teringat tentang cerita seorang gadis dari Terengganu,Siti Balkis yang ghaib, kononnya dilarikan oleh seekor Jin yang berbulu lebat.Bayangkan seluruh bomoh bomoh ,ustaz ustaz dan pengamal ilmu perubatan datang untuk menawarkan diri memulihkan gadis itu dari gangguan jin itu,sehinggakan kejadian ini mendapat liputan salah satu rancangan tv swasta.Bayangkan,ada yang memagarkan rumah tersebut dari dimasuki oleh jin jin ,ada yang dapat menangkap sembilan jin yang berkeliaran di rumah tersebut dan berbagai bagai cara lagi bomoh bomoh ini menunjukkan kehebatan masing masing. Sehinggakan YB DUN dan orang orang kampung di kawasan tersebut telah sama sama mengawal keadaan rumah itu.Justru,berbagai bagai cerita misteri yang diceritakan oleh orang orang ini.Pada hal gadis ini mempunyai masalah mental dan setiap kejadian ini telah direkaciptakan oleh beliau sendiri.Betapa bodohnya kita ditipu oleh gadis ini dan bertambah malunya bomoh bomoh dan ustaz ustaz yang cuba menunjukkan kehebatan kuasa gaban yang selama ini telah dikantoikan pada kita.(Teringat filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,Doremi,kata dialog dalam salah satu babak ,"saya pun bomoh temberang juga!".).
Kesimpulan cerita ,kebanyakan orang kita berapa kali kena kantoi pun,tetap cepat percaya dengan cerita karut marut ini yang sentiasa berlegar di sekeliling.




Air yang ditadah dari pokok petai itu untuk diminum,dijadikan penawar( minum air kencing reriang,ha... ha...ha..)

Saturday, March 5, 2011

Mari belajar bahasa Thailand bersama Cikgu Mud

Hari ini kita berlajar serba sikit tentang bahasa Thailand,bahasa yang paling susah.Hari ini kita belajar yang ini dulu,dah pandai, saya update lagi....

Klik di sini Learn Speaking Thai Language and Pronunciation with YouTube