Tuesday, May 31, 2011

Bil Letrik naik lagi.


Hari ini BL baca suratkhabar,terkejut juga BL bahawa esok bayaran letrik akan dinaikkan kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam,banyak tu......,BL ingat dia orang ni nak turunkan harga bayaran letrik kerana maklumlah TNB tiap tiap tahun untung saja, berbilion bilion ringgit. Tak cukup kah untung banyak itu?,tolong lah kami rakyat tidak lagi mampu menanggung kenaikan kerana bekalan lain yang berkaitan dengannya akan turut sama meningkat.Geram sungguh dengan depa ini ,tak habis habis menyusahkan rakyat. Kalau dia orang ni asyik fikir untung berbilion(bukan juta tau) saja lebih baik TNB serahkan balik pada LLN(Lembaga Letrik Negara),suruh rakyat kendalikan sendiri,apa susah kerana berniaga letrik dah ada pelanggan tetap,mau tak mau pelanggan mesti guna benda ni.Bukan macam peniaga terpaksa merebut pelanggan demi mencari sesuap nasi.Jangan yang di atas tu.., mendabik dada bahawa TNB telah untung tahun ini sebanyak .........,ini kerana kecekapan pengarah pengarah nya yang berwibawa dan dedikasi.Rakyat di bawah ini tak peduli HANG untung banyak ka.....,yang rakyat peduli jangan keuntungan ini dengan menindas kami ni...Yang puak di atas ni tak faham lagi ka??Tapi rakyat rasa berbangga apabila dia orang ni dapat menolong mereka. Dah lah dinaikan letrik,suruh rakyat pula berjimat cermat penggunaannya,dah pulak!!!.....,yang rumah depa sampai bermandikan cahaya tu apa pasal,takut ka??..Kami pula disuruh hidup dalam kegelapan,ini tak adil,ini boleh mendatangkan marah.Sampai salah satu suratkhabar tunjuk ruangan bagaimana cara nak jimatkan letrik,poraaaah!!!!!Bodoh punya ruangan.Tunjuklah bagaimana menurunkan harga barang lain yang turut sama dengan kenaikan ini,kalau tak tahu juga BL akan tunjuk contoh ini; Ais adalah barangan sejuk ,dibuat menggunakan letrik maka ais akan meningkat harga,apabila di taruh dalam minuman maka harga minuman itu pun turut sama naik dan apabila ais tadi ditaruh pada ikan maka bahan ini pun turut sama meningkat dan seterus nya............, siapa yang jadi mangsa???Tolong lah Dato Seri(PM),kami rakyat memerlukan campur tangan kamu...,Jika Dato Seri dapat mengatasi masalah ini,maka rakyat akan berterimakasih banyak banyak pada Dato Seri.Pada siapa lagi rakyat nak mengadu kalau bukan kerajaan Barisan Nasional.Kesian juga tengok para blogger pro BN bertungkus lumus untuk mempertahankan Barisan Nasional dengan fakta fakta demi memastikan kemenangan bagi Barisan Nasional. Tapi dengan keadaan kenaikan ini maka BL ingat tak payahlah Dato Seri membuat pilihanraya pada tahun ini,mesti banyak negeri menungging.Para blogger pro BN dah penat sangat menulis untuk menolong kemenangan BN tapi janganlah asyik asyik nak naik harga barangan asas kerana isu ini telah memberi ruang para blogger pro PR membidas BN.Kalau BL jadi blogger BN dah lama BL berhenti,baik jadi blogger jalan jalan cari makan ke...,atau jadi blogger jalan jalan ronda keliling,lagi best....Yang syok tu apabila kalah dalam pilihanraya ,tuduh pula rakyat tak kenang jasa BN dan yang heeeran tu,untung satu tahun berbilion tapi tak cukup lagi,depa ini nak apa lagi.....,kalau rugi lain cerita.BL pun tak faham dengan PM kita,macam tak ada kuasa saja,tolong lah dengar keluhan rakyat yang sentiasa dalam kesusahan ini.





Nota: Minta maaf ,hari ini BL emosi sikit ,grrrrr.....

Monday, May 30, 2011

Pergaduhan budak SMK Bandar Rinching.

Baru baru ini berlaku pergaduhan budak perempuan Di Sekolah Menengah Bandar Rinching,Semenyih,Selangor.BL difahamkan pergaduhan ini berpunca kerana seorang lelaki.Bl pun tak tahu apa nak jadi dengan perangai budak sekolah zaman sekarang,macam macam hal...









Nota:Bl rasa geram juga tengok adegan ini ,macam nak pi tampaq depa semua tu.....

Kenduri Kahwin










Musim cuti penggal persekolahan ini,maka ramailah orang mengadakan hari keramaian atau pergi melancong.Masa inilah sesuai untuk melangsungkan kenduri perkahwinan dan BL telah mendapat jemputan kenduri terlalu banyak hingga tak terlayan mana yang nak pergi.
Baru baru ni BL telah mendapat undangan ke majlis kenduri di Ballroom Pearl Island di kawasan perumahan Sp Setia yang terletak di atas bukit.Ini adalah pertama kali Bl mendapat jemputan ke tempat ini,yang boleh dikatakan ada bintang juga.Masakan nya biasa saja ,serupa dengan tempat kenduri lain,nasi minyak ,kurma daging,ayam masak merah,dalca dan kerabu timun . Bl makan sedikit saja kerana sebelum tu Bl singgah dulu, ke kenduri aqikah di Apartment Taman Sri Merbah,kawan orang dapur Bl.Dan ada satu kenduri lagi di Telok Kumbar,Bl tak sempat pergi kerana terlalu letih dan kenyang,membuat Bl terasa mengatuk nak tidur.


Sunday, May 29, 2011

Expo Usahawan Bumiputra.






Datang lah beramai ramai ke Expo Usahawan Bumiputra di tapak Expo Seberang Jaya,bermula dari 27hb Mei hingga 12hb Jun.
Bermacam macam jualan yang ada di sini ,kebanyakan nya assesori pakaian branded lelaki dan wanita yang murah belaka ,salah satu nya adalah jenama Adidas,Lewis,Nike dan lain lain lagi.BL tertarik pada dua ekor cicak Pokek lebihkurang 300 gram, cuma dijual rm 200 saja ,yang dulu diceritakan kononnya harga seekor Pokek boleh mencecah hingga ratusan ribu,hinggakan ada dah jadi jutawan segera kerana menjual Pokek ini.
BL sempat juga membeli beg duit kulit jenama lewis yang berharga rm 18 saja dan anak BL yang berumur 8 tahun hanya membeli dua ekor anak ikan yang berharga rm 3.Orang dapur saya hilang entah ke mana pergi kerana tempat ini umpama syurga baginya,maklumlah kerana terdapat pakaian berbagai fesyen.

Sunday, May 22, 2011

Jalan jalan cari makan : Kari Corner.




Seperti biasa ,hari sabtu adalah family day bagi BL pergi jalan jalan .Bangun saja dari tidur petang pukul 5 ,suruh famili siap untuk pergi cari tempat makan.BL bercadang nak bawa mereka ke daerah Nibong Tebal iaitu ke Kari Corner,Permatang Keling.
BL mulakan perjalanan pukul 7 petang dengan kereta Proton Exora yang BL beli baru 2 tahun.Dalam perjalanan kereta BL mengalami masalah, lampu brek Abs pula menyala yang bermaksud bahawa brek Abs tidak berfungsi dan terpaksalah BL memandu dengan perlahan.
BL meneruskan perjalanan menuju ke selatan lebuhraya,sampai saja dekat tol juru,kereta bersusun dan bergerak perlahan kerana ada dua tiga kereta berurus dengan tough n go bagaikan tempat bapak dia punya.BL tak tau apa dia orang buat dengan tough n go,kadang kadang dia orang ni sampai saja tempat ini baru nak cari kad di mana letak,pada hal apa salahnya sebelum sampainya tempat ini carikan dulu kad tersebut.Kalau macam dia orang ini,bayar saja tunai supaya tidak menyusahkan kereta lain yang terpaksa beratur panjang.
BL megambil susur keluar ke Nibong Tebal melalui ke selatan jalan biasa lebihkurang 5 km ,terletak di sebelah kiri jalan saja ke tempat itu.Tempat itu terletak betul betul di sempadan antara P.Pinang dan Perak.Kari Corner ini adalah makanan ala kampung yang terkenal di Nibong Tebal dan service nya jenis layan diri.Kami pun tidak melengahkan masa dan terus mengambil makanan yang kami suka,macam macam jenis masakan yang ada hingga tak tahu mana satu yang nak dimakan,ada macam macam jenis kari ,dari kari sembilang ,masakan siput,kerabu kerabu ,ulam ulam dan masakan panggang ikan,rusa dan ayam.Masakan di sini memangnya sedap betul hingga tak terasa BL makan nasi sebanyak 2 pinggang dan harga di sini,memang berpatutan. Dan jumpa lagi di lain episod.

Sunday, May 8, 2011

Kuala Gula Sanctuary Resort.

Jalan jalan cari makan kali ini,BL pergi ke Kuala Gula Santuary Resort terletak di tepi kuala sungai.Perjalanan mengambil masa lebihkurang satu setengah jam dari Bayan Lepas.BL pun tak plan nak pergi sana kerana petang itu BL ada mesyuarat persatuan nelayan di Permatang Damar Laut dan habis nya mesyuarat pada petang itu, perut BL merasa lapar.Apalagi suruh keluarga BL bersiap nak cari tempat makan.
BL mula perjalanan pada pukul 7.45 malam,agak lewat sikit kerana faham faham sajalah pergi dengan orang perempuan ni,persiapan (makeup) agak lambat sikit.Dalam perjalanan kami sekeluarga mengambil keputusan pergi ke Kuala Gula Santuary Resort dan sebelum tu,BL berhenti sekejap di perhentian Juru untuk membeli sedikit makanan ringan untuk mengalas perut.
BL mengambil susur keluar ke Nibong Tebal kerana untuk menuju kesana, BL kena mengambil jalan ke Tanjung Piandang.Jalan di sini kurang selesa sikit kerana jalan sempit dan BL tak galakan anda memandu pada waktu malam.Dah lah jalan sempit dan tidak rata,ditambah pula kebanyakan motorsikal di sini tidak ada lampu belakang,terpaksalah BL memandu kereta dengan perlahan dan berhati hati.
Akhir nya BL sampai juga ke tempat ini pada pukul 9.20 malam dan suasana malam di sini kurang menarik sikit kerana tidak dapat melihat keadaan tempat ini.Tapi tak mengapa ,kerana BL cuma datang di sini hanya nak makan ketam lembut yang di war warkan dalam rancangan Majalah Tiga.BL pun memesan 6 ekor ketam lembut masak tiga rasa,udang masak pedas,sayur campur,gulai ikan sembilang dan minuman.
BL rasa makanan masakan ketam lembut kurang enak kerana tidak rasa isi ketam pun hanya merasai macam hampas ketam saja.Bayangkan ketamnya dimakan terus, tidak payah buang kulit bagaikan makan labah labah,ha...ha..ha..Tapi gulai sembilang yang BL makan amat sedap kerana ikan sembilangnya fresh.
Di sini anda boleh menginap kerana terdapat beberapa buah Chalet yang selesa dan cantik terletak di tepi sungai,maaf BL tak dapat mengambil gambar sebab terlalu gelap.Tapi anda boleh lah melayari facebook Kuala Gula Santuary Resort.
Dalam perjalanan balik ,BL tidak melalui jalan ke Tanjung Piandang kerana suasana jalan arah ke situ terlalu gelap dan di sebalik itu BL mengambil keputusan mengambil jalan ke Simpang Empat menuju ke susur keluar lebuhraya ke Bukit Merah walaupun jarak nya jauh tapi masa perjalanan lebih kurang sama.


Chalet tepi sungai



Lobby


Restoran Cenderawasih.













Udang masak pedas.


Sayur campur.


Kari ikan sembilang.

Ketam lembut masak tiga rasa.


Thursday, May 5, 2011

Shiha mentor 5


BL mulakan cerita tentang Shiha mentor 5 yang mendapat markah tertinggi dalam rancangan Mentor 5.Shiha adalah pontege kepada Datuk Sharifah Aini penyanyi evergreen rakyat Malaysia.Nama Shiha yang sebenarnya adalah Nurshiha binti Mohd Zikir ,berumur 24 tahun dan berasal dari Pulau Pinang.
Pada pandangan BL Shiha berpontensi menjadi penyanyi yang berjaya pada masa akan datang kerana Shiha adalah seorang penyanyi yang bermula dari bawah dan tidak kenal erti putus asa,dan beberapa kali telah gagal dalam beberapa ujibakat nyanyian.BL tabik pada Shiha kerana beliau seorang yang berpegang atau berperinsip sekali gagal tidak bermakna gagal selama lama nya.BL pernah mengikuti karier Shiha pada masa dulu iaitu semenjak rancangan realiti AF 3 dan berjaya setakat prelude saja.Pada masa itu Shiha memilih sebuah lagu inggeris yang tidak sesuai dengan jiwa nya ,kerana waktu itu Shiha berumur hanya 18 tahun dan masih gemuruh berhadapan dengan penonton.Walaupun Shiha tidak dapat masuk ke dalam Ak
ademi AF3 tapi beliau terus mencari peluang yang ada. Beliau pernah mengikat kontrak dengan syarikat Amy Mastura Production yang akan menguruskan kegiatan seninya tapi pada masa itu pesaingan pada masa itu terlalu hebat kerana pengeluaran penyanyi pertandingan realiti terlalu banyak menyebabkan nama Shiha tenggelam.
Walaupun nama beliau tidak popular tapi beliau mencari ruang yang ada seperti memasuki rancangan Jangan Lupa Lirik dan beberapa ujibakat rancangan realiti lain tapi semuanya tidak berjaya.Sambil itu Shiha juga mendapat undangan menyanyi di majlis majlis keramaian,secara tidak langsung beliau telah mendapat pengalaman menyanyi, cara berkomunikasi dan bergaul dengan penonton.
Berkat kesabaran ,beliau telah mencuba ujibakat Mentor 5 dan telah dapat dikesan bakat beliau oleh Datuk Sharifah Aini.Rupa rupanya jodoh Shiha ada pada seorang penyanyi veteran yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian.Betapa untung nya Shiha mendapat tunjuk ajar daripada otai lama dan justru dengan pengalaman Shiha membuatkan karier nyanyian nya bertambah kukuh lagi.Anda boleh menonton setiap minggu Shiha boleh membawa berbagai bagai genre lagu dan beliau boleh menghayati setiap lagu lagu tersebut.Tidak hairanlah satu hari nanti beliau boleh menjadi seorang penyanyi yang berjaya dan popular.



Nyanyian dengan Saleh Yaakop.



Nota:Semoga Shiha menjadi johan Mentor 5.