Friday, April 29, 2011

Merawai ikan di tengah laut.

Cerita kali ini ,pengalaman BL ikut nelayan pergi merawai di tengah laut di Permatang Damar Laut.BL pun tak merancang nak pergi hanya melalui tempat itu,tetapi sebaik saja bot hendak bertolak mereka(kawan) mempelawa BL menemani
mereka.Maka BL pun tak nak lepaskan peluang ini,BL pun turut serta dengan tiada apa apa bekalan makanan.
Kami mulakan perjalanan jam 7 petang,bot yang berkapasiti 75 kuasakuda berkelajuan 22 knot meredah laut berkeadaan kurang selesa sikit kerana mungkin cuaca nak hujan.BL tanya pada Tekong bot jauhnya perjalanan ke tempat itu adalah sejauh 20 batu nautika lebih kurang 40 minit perjalanan.Maksudnya kami sampai pada waktu gelaplah...,
Kami tiba satu tempat yang dipanggil tuas,mereka pun membuat persiapan untuk melabuhkan rawai. Setelah siap maka mereka melabuhkan lebihkurang 200 mata kail di tempat ini dan teruskan perjalanan ke tempat kedua pula sejauh 3 batu nautika turut labuhkan 200 mata kail,itupun memakan masa selama 3 jam.Sementara menunggu rawai yang dilabuhkan kami mengambil kesempatan ini untuk memancing ikan dan perut BL rasa lapar ,Tekong bot telah memberi BL dua bungkus nasi lemak,tunggu apa lagi balun la...Setelah menunggu hampir sejam ,masa yang ditunggu tunggu untuk mengarau rawai tadi.Rawai pertama yang kami karau hanya mendapat beberapa ekor ikan yang kurang ada harga tapi rawai kedua pula kami mendapat ikan yang ada nilai iaitu seekor ikan kerapu bersaiz xl yang berharga rm 400,dua ekor ikan merah,seekor ikan gerut gerut dan beberapa ikan yu tokek,semuanya ikan itu berharga rm500 lebih.Seronok juga tengok nelayan gembira apabila mendapat ikan walaupun perkataan yang dikeluarkan agak kasar sikit dan telah menjadi kebiasaan mereka bergurau cara begitu.Boleh anda lihat dalam video yang BL uploadkan.
Dalam perjalanan pulang hujan turun dengan lebatnya,tapi tak mengapa kerana ikan yang mereka dapat menjadi penawar kesejukan mereka.




Rawai yang telah siap dibubuh umpan ikan temenung.



Ikan kerapu xl


Yu tokek


Ikan merah






Maaf visual kurang memuaskan.Klik di sini

Saturday, April 23, 2011

Alam kehidupan remaja.

BL lama tak update blog kerana ada masalah anak anak BL,maklumlah anak BL dah meningkat dewasa ni...,macam macam masalah yang timbul,sampai nak pening kepala di buatnya.
Kadang kadang kita tegur anak kita ,anak tak nak ikut cakap kita,sekarang dah terangtuk baru tengadah,tapi tak apalah kerana mungkin anak kita sedar apa kesilapan yang dia lakukan.Sebelum ni kita bimbing dan tegur apa yang patut dia lakukan supaya perjalanan dia tidak terpesong dari landasan kehidupan.Anak anak kita selalu buat satu perkara tanpa berfikir apa akan terjadi di masa hadapan. Kita tegur dan terang apa akan jadi apabila anak kita melakukan kesilapan dan akibat masalah bakal diterima,tapi tidak di endahkan.Apabila timbul masalah yang di hadapinya maka ,baru dia tahu betapa peritnya masalah yang timbul.Tapi tak apalah BL rasa bangga kerana dia telah sedar pada waktu dia masih muda lagi,kalau tidak dia akan hanyut dalam dunia glamornya dan entah apa apa lagi.Zaman sekarang kita tak boleh nak presure sangat anak kita ni..atau serupa, mencabarnya,kerana mungkin anak kita akan melakukan lagi teruk perangainya.Kita kena terangkan bagaimana sesuatu perkara atau pekerjaan apa apa yang hendak dilakukan hendaklah melakukan dengan ikhlas,berdisplin dan bertanggung jawab maka kita akan mencapai kejayaan di masa hadapan.Kita jangan sesekali,apabila anak kita telah hadapi masalah terus menghentam nya atau memarahi,cuma kita perlu memberi dia kata kata perangsang atau semangat supaya dia dapat bangun dari kegagalannya itu. Tapi ingat ,kalau ia insaf sesaat saja dan perangainya masih tidak berubah sampai ketahap gaban maka elok lah berjumpa dengan pakar kaunseling.
Satu lagi ,dalam kehidupan ni, kita pilih hanya dua jalan saja iaitu satu jalan kearah keburukan dan satu lagi arah jalan kebaikan. Kalau kita pilih jalan keburukan maka perjalanan hidup kita selalu mendapat berbagai bagai masalah atau semua yang bakal datang dalam keadaan buruk.Jika kita pilih jalan kebaikan ,maka segala yang bakal datang semua tidak mengecewakan kita.Landasan landasan ini Tuhan telah gariskan dan kita sendiri yang patut kita pilih,yang baik datang dari Tuhan yang buruk datang daripada diri sendiri,itu yang Tuhan telah janjikan pada kita.Mungkin kebanyakan orang muda susah nak faham tentang kehidupan ini kerana segala keadaan apapun mereka mesti mencuba dulu,dah terkena baru tau!!!




Nota :Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Semoga Allah berkati kehidupan kita.

Saturday, April 9, 2011

Memukat ikan kembung.


Ikan kembung yang belum dibuka.



Sedang mencari ikan.






Baru baru ni BL turun ke laut di Permatang Damar Laut untuk menangkap ikan dengan menggunakan pukat hanyut. Cuaca pada hari itu berangin sikit tapi cerah.Dalam perjalanan ke tengah laut ,BL terserempak dengan bodong ikan(kumpulan ikan yang bermain di atas air). Tanpa melengah lagi, kami pun melabuhkan pukat mengelingi ikan tersebut.Dalam beberapa minit saja kami mengarau pukat yang dilabuhkan,terkejut juga BL ,kerana ikan Kembung yang banyak telah mengena pukat BL.
Pada mulanya kami rasa hendak membuka ikan yang kena pada pukat itu di atas bot tapi kerana terlalu banyak dan bot BL yang berkeadaan beralun ,maka kami mengambil keputusan untuk membuka ikan tersebut di darat.Kami mendapat lebih kurang 100 kg lebih tapi sayang harga ikan kembung tidak berapa baik.Walaupun harga tidak berapa baik tapi pengalaman BL memukat ikan tidak dapat dilupakan.



BL sempat merakam ikan yang mengena di pukat.

Saturday, April 2, 2011

Puncak Mutiara Cafe





Landskape yang cantik.



Yang penuh dengan pelanggan ,walaupun tempatnya terpencil.






Ladang Ostrich.




Nasi beraini ayam kampungg...sedapp...



Cendawan Goreng



Satay




ABC Puncak Mutiara Cafe.





Minggu ini jalan jalan cari makan ,BL ke Puncak Mutiara Cafe berkonsep ladang di Kubang Semang yang terletak lebih kurang 30 km dari Bayan Lepas.Di sini BL sertakan serba sedikit catatan ke tempat ini.
Lepas saja dari Jambatan P.Pinang BL menuju terus ke Lebuhraya Kulim.Dalam perjalanan ke arah Kulim melepasi tol pertama lebih kurang 3 km,BL mengambil susur keluar ke Kubang Semang dan keluar saja dari lebuhraya ada terdapat papan tanda menuju ke Penanti yang akan membawa BL ke tempat ini.Sebaik saja melepasi di pekan Penanti,BL masuk satu simpan pertama di sebelah kiri dan lebih kurang 400 meter dari sini ada papan tanda ke tempat itu.Jalan masuk ke tempat ini pula ,mesti melalui jalan kampung sejauh 150 meter.
Sampai saja ke tempat ini BL rasa terkejut juga kerana landskape nya yang cantik dengan suasana restoran dalam ladang.Terdapat beberapa ekor ostrich,arnab, kambing dan beberapa jenis binatang lain lagi.Yang hairan nya ,walaupun tempat ini kawasan peliharaan tapi tidak berbau najis.BL sempat juga snap beberapa keping gambar untuk anda tengok.Anda boleh memilih keadaan tempat makan dalam berbagai kawasan dan bentuk,ada dalam bentuk dangai,ada dalam tempat air -cond,ada tempat tepi kolam pancing ikan ataupun atas bukit.Di tempat ini BL hanya dapat meja biasa kerana suasana yang best best semuanya dah penuh ditempah.
Di sini anda tidak digalakan makan makanan siam kerana tau tau sajalah(TST).Makanan di sini yang bestnya adalah nasi beraini dan western.Jangan takut ....,makanan di sini harganya seperti harga di kedai makanan biasa saja .
Dah makan kenyang BL pun balik dan jumpa lagi di lain episod.