Friday, February 4, 2011

Jalan jalan makan angin: Perlis


Pekan Rabu yang penuh sesak.



Permandangan Tasik Melati



Gerai gerai yang terdapat di Sungai Bahru







Pencari siput Metarang.



Medan selera terletak tepi kuala sungai .




Menu senarai harga cafe Hotel Putra Brasmana




Cantiknya permadangan resort ini.





Chalet yang terletak di atas bukit.


Jam 7.45 pagi: Bertolak dengan kereta menuju Timah Tasoh Resort Perlis.

Jam 10.30 pagi: Singgah tepi jalan ,ada satu warong nasi,pekena dulu nasi campur dan teruskan perjalanan.

Jam 10.45 pagi: Sampai ke resort ,tujuan kami adalah untuk bermalam di resort ini. Memandangkan keadaan tempat nya seperti dalam hutan,walaupun suasananya cantik dan nyaman, maka semua bersetuju batalkan dan patah balik ke Kangar.

Jam 11.30 pagi: Kami singgah di hotel Putra Palace bercadang nak menginap tapi tak jadi kerana suasana bandar yang panas lagi berdebu dan kami membuat keputusan pergi Kuala Perlis pula.

Jam 12.00 tengahhari: Kami tiba di Kuala Perlis, booking bilik hotel Putra Brasmana betul betul berdekatan dengan pelabuhan Feri Pelabuhan.Kami dapat hanya satu bilik kerana semuanya sudah penuh(kami memerlukan dua bilik).Tetapi kami tidak dapat masuk bilik kerana check in pukul dua.Sebelum kami tunggu bilik,kami pun pergi makan di warung tepi kuala sungai dan ronda ronda perkampungan nelayan Sg Baru,tengok nelayan berlabuh bot di dalam sungai dan orang jual ikan segar,best jugak!! Patah balik pergi hotel.

Jam 1.30 petang : Masuk bilik ada yang mandi dan ada yang tidur.... Terasa nak makan
dan order makanan dalam bilik.Harga makanan dalam hotel boleh dikatakan berpatutan, tidak dapat harga ini di mana mana hotel tiga bintang(saya sertakan lampiran senarai menu di atas),lepas itu semua tidur kerana kekeyangan dan letih....,dan bangun lewat petang.

Jam 6.00 petang :Aktiviti dimulakan dengan pergi ke medan selera yang berhadapan dengan hotel kami.Terdapat banyak gerai ikan bakar di medan selera ini, boleh pilih yang mana satu pun tak apa,kerana semuanya sedap sedap belaka.Kami pun order siakap bakar,ketam masak pedas,tomyam campur,terung bakar dan minuman.Semua nya makan dengan banyaknya sekali(nasi semua kami tambah).Tapi sayang tempat ini kotor dan perlu kemas kinikan kerana sistem pembuangan sampah tidak teratur.

Jam 7.30 malam: Pekan Kuala Perlis baru nampak hidup pada malam hari kerana ramai pengujung yang datang ke sini,mungkin siang hari di sini terlalu panas .Terdapat perkhimatan kereta kuda jika anda ingin melihat suasana malam di Kuala Perlis.Lepas makan kami relax di benteng tepi laut dan kami dapat merasai angin sepoi sepoi bahasa.

Jam 8.30 malam : Balik ke hotel dan menonton Raja lawak astro di Lobby hotel...Pukul 12.00 tengahmalam tidur.

Jam 7.30 pagi: Bersiap untuk sarapan pagi di cafe hotel.Selesai makan ,kami teruskan aktiviti meronda.


Jam 9.00 pagi: Bergerak melalui sepanjang jalan tepi pantai melihat orang mencari siput metarang dan sampai ke Sungai Bahru .Di sungai bahru peniaga menjual hasil laut
yang segar segar di tepi kuala sungai baru.Harga boleh dikatakan murah daripada Penang.Kami teruskan penjalanan ke kangar ,nak shopping di Komplek Kayangan Square,tapi kedai banyak yang tutup mungkin kerana perkedai masih menyambut perayaan Tahun Baru Cina.Kami ambil keputusan pergi ke Tasik Melati lebih kurang 5 kilometer dari bandar Kangar,tempat cantik dan bersih.Tidak sempat menikmati keindahan tasik ini,kami terpaksa balik ke hotel kerana masa tak mengizinkan...

Jam 12.00 tengahari:Berkemas barang untuk balik,setelah siap kami pun check out hotel.

Jam 12.45 petang : Kami bercadang balik menggunakan jalan lama,konon konon nak tengok keindahan tepi jalan,tapi lebih kurang 10 kilometer dari bandar Alor Setar trafik jem,cari jalan alternatif lain pula.Kami guna pulak jalan ke Gunung Keriang dapat juga melihat keindahan Gunung tersebut tapi di sini kebersihan kurang memuaskan .Di situ ramai perniaga menjual garam bukit yang diambil daripada atas gunung tersebut.Garam bukit di percayai dapat menyembuh beberapa penyakit dan kami tak membeli pun kerana kurang percaya sikit.

Jam 3.00 petang: Masuk bandar Alor Setar dan singgah di Pekan Rabu,nak tinjau apa yang nak dibeli,dapatlah orang dapur membeli dua selimut jenama Narita,itupun setelah berunding harga, baru mendapat rm 80.00.

Jam 6.00 petang : Selamat sampai di rumah,semua keletihan dan saya terus masuk tidur...


Nota: Makan angin ke Perlis boleh di katakan seronok juga walaupun dekat saja....jumpa lagi di lain episod....

1 comment:

  1. tima kasih utk info Putra Brasmana Hotel tuh.. Tgh plan nk bercuti kt Perlis nih... Klo sudi, folo le blog kite jgk.. (sempat lg promote tu, hehehe)

    ReplyDelete