Blog ini menceritakan peristiwa, pengalaman dan pandangan penulis di kawasan Bayan Lepas.
Saturday, March 19, 2011
Kurau Stone Fishing And Highland Stay- Homestay
Suasana malam di pekan Batu Kurau
Pekerja....
Suasana malam di tempat makan
Kenderaan ATV untuk disewa
Pemancing sedang menunggu tangkapan di kolam yang disediakan.
Chalet chalet terletak dilereng bukit.
Kerja menambahan chalet.
Berbagai bentuk chalet
Ada juga tempat mainan kanak kanak.
Pentas live band
Ruang makan
Tempat makan dalam pondok.
Pekan Batu Kurau pada waktu siang.
Episod kali ini Jalan Jalan Cari Makan, Bayan Lepas(BL) ke Kurau Stone fishing And Highland Stay di Batu Kurau,Perak.BL bertolak dari rumah pukul 4 petang.Seperti biasa apabila nak keluar dari P.Pinang trafik bergerak perlahan hingga ke Tol Juru.Apabila sampai saja ke Tol Juru,mendung gelap menyelubugi suasana.
Kami teruskan perjalanan,setibanya di Sungai Bakap hujan pun turun dengan lebatnya dan terpaksalah BL memandu dengan perlahan ditambah pula banyak kenderaan berat yang mengakibatkan percikan air hujan ke cermin kereta BL mengaburi pandangan.Perjalanan ini amat membosankan BL,dahlah memandu dengan perlahan dan tak dapat melihat suasana keliling kerana dek hujan ini.
Sampai saja susur keluar Bukit Merah(exit 150) hujan hanya renyai renyai sahaja.Selepas bayar tol, di depan ada satu simpang,lalu BL mengambil jalan menuju ke Taiping.Dari sini menuju ke pekan Batu Kurau jaraknya lebih kurang hanyalah 30 kilometer.Dan kami sampai juga ke pekan Batu Kurau jam 6.15 petang(mengikut perkiraan, biasanya cuma satu setengah jam sahaja).
Tidak susah untuk mencari homestay ini kerana terdapat papan tanda dan tempat ini terletak di kawasan pekan Batu Kurau juga,cuma jalan masuk ke homestay ini, 200 meter dari jalan besar.Panorama bukit di sekitar kawasan ini amat mengasyikan BL.Terdapat chalet chalet terletak di lereng lereng bukit dan dibelakang chalet ini boleh nampak kehijauan hutan dan kabus yang memutih.Boleh dikatakan bahawa tempat ini sesuai untuk semua golongan kerana mempunyai aktiviti seperti memancing di kolam ikan yang disediakan dan bagi yang meminati kegiatan lasak bolehlah menyewa kenderaan ATV untuk menikmati suasana hutan dan kampung.
Di tempat ini anda boleh memilih tempat makan berpondok atau dewan dan terdapat juga pentas untuk live band.Tapi sayang BL sampai awal kerana live band bermula pukul 9 malam.BL pun memesan satu set makanan untuk tiga orang yang berharga rm 49.90 iaitu siakap masam masam manis,tomyam campur,kailan ikan masin,telor dadar,ulam timun dan minuman satu jar air tembikai.Mungkin anda rasa makanan ini sedap tetapi mungkin anda rasa hampa kerana ikan siakapnya adalah siakap air tawar(berbau lumpur, berbanding siakap air laut),tomyamnya pula tidak merasa apa apa dan air tembikainya pula terlalu cair dan BL harap resort ini dapat mencari idea untuk mengatasi masalah ini.Selesai makan BL pun bertolak balik melalui jalan Kemunting dan masuk lebuh raya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tempatnya kelihatan menarik. Saya suka. Penceritaan perjalanan agak "dull". Satu hari akan cari tempat ini. Mungkin sesuai untuk majlis perkahwinan.... bayangkan suasana romantis..... kehijauan, kabus memutih, live band and of course, food is not as important as the environment. Harap dapat cari tempat ni nanti.
ReplyDeletethank you.
ReplyDeleteand why you always like to comment about how the fish taste??? I would suggest, you should bring along your fish and ask them to cook for you. Right???
ReplyDelete