Cerita kali ini ,pengalaman BL ikut nelayan pergi merawai di tengah laut di Permatang Damar Laut.BL pun tak merancang nak pergi hanya melalui tempat itu,tetapi sebaik saja bot hendak bertolak mereka(kawan) mempelawa BL menemani
mereka.Maka BL pun tak nak lepaskan peluang ini,BL pun turut serta dengan tiada apa apa bekalan makanan.
Kami mulakan perjalanan jam 7 petang,bot yang berkapasiti 75 kuasakuda berkelajuan 22 knot meredah laut berkeadaan kurang selesa sikit kerana mungkin cuaca nak hujan.BL tanya pada Tekong bot jauhnya perjalanan ke tempat itu adalah sejauh 20 batu nautika lebih kurang 40 minit perjalanan.Maksudnya kami sampai pada waktu gelaplah...,
Kami tiba satu tempat yang dipanggil tuas,mereka pun membuat persiapan untuk melabuhkan rawai. Setelah siap maka mereka melabuhkan lebihkurang 200 mata kail di tempat ini dan teruskan perjalanan ke tempat kedua pula sejauh 3 batu nautika turut labuhkan 200 mata kail,itupun memakan masa selama 3 jam.Sementara menunggu rawai yang dilabuhkan kami mengambil kesempatan ini untuk memancing ikan dan perut BL rasa lapar ,Tekong bot telah memberi BL dua bungkus nasi lemak,tunggu apa lagi balun la...Setelah menunggu hampir sejam ,masa yang ditunggu tunggu untuk mengarau rawai tadi.Rawai pertama yang kami karau hanya mendapat beberapa ekor ikan yang kurang ada harga tapi rawai kedua pula kami mendapat ikan yang ada nilai iaitu seekor ikan kerapu bersaiz xl yang berharga rm 400,dua ekor ikan merah,seekor ikan gerut gerut dan beberapa ikan yu tokek,semuanya ikan itu berharga rm500 lebih.Seronok juga tengok nelayan gembira apabila mendapat ikan walaupun perkataan yang dikeluarkan agak kasar sikit dan telah menjadi kebiasaan mereka bergurau cara begitu.Boleh anda lihat dalam video yang BL uploadkan.
Dalam perjalanan pulang hujan turun dengan lebatnya,tapi tak mengapa kerana ikan yang mereka dapat menjadi penawar kesejukan mereka.
Rawai yang telah siap dibubuh umpan ikan temenung.
Ikan kerapu xl
Yu tokek
Ikan merah
Maaf visual kurang memuaskan.Klik di sini
No comments:
Post a Comment