Sunday, July 10, 2011

Merawai ikan di tengah laut part 2.




Panorama yang menarik sepanjang perjalanan.



Trip kedua BL merawai di tengah laut bersama kawan kawan kali ini penuh dengan cabaran.Seperti biasa BL cuma monitor saja dia orang ni membuat kerja kerana BL takut dan fobia dengan mata kail ni.Masa remaja dulu ,BL pernah pergi merawai dengan seorang kawan ,apabila ketika melabuh rawai,entah macam mana salah satu matakail telah terkena ibu jari kawan BL.Bayangkan bentuk matakail dan mempunyai urip, memang payah untuk dicabut dan jika hendak mengeluarkan nya ,hendaklah matakail itu menembusi ibu jarinya supaya dapat memotong matakail yang tajam itu.
Perjalanan kali ini bermula lebih kurang pukul 6 petang dan jauh nya ke tempat itu adalah 21 batu nautika.Masa di habis kan untuk sampai ke sana lebih kurang 1 jam dan di sini BL dapat menyaksikan panorama keindahan laut yang mendamaikan.Seperti biasa enjin sangkut Suzuki 75 kuasa kuda dan berkelajuan 24 knot meredah laut yang agak bergelora sikit dan BL dah biasa dengan keadaan begini.
Sampai saja maka mereka pun melakukan bersiapan untuk melabuhkan rawai, ada yang memotong umpan(ikan temenung),ada yang membetulkan tali dan berbagai kerja lagi bagi melancarkan ketika melabuh rawai.Setelah siap membubuh umpan sebanyak 400 bentuk matakail ,maka rawai pun dilabuhkan.Masa menunggu ikan makan adalah selama 1 jam dan masa inilah kami membuat aktiviti aktiviti masing masing,ada yang mendengar lagu, ada yang memancing dan bagi BL, masa ini amat sesuai untuk makan .
Masa yang ditunggu telah tiba untuk melihat hasilnya,tetapi apabila BL nak tarik tali untuk hidupkan engin robot ( engin yang terletak di haluan bot untuk menarik tali atau pukat),entah macam mana boleh terputus pula,terpaksa lah mereka menarik sauh dengan kekuatan tangan yang amat menyeksakan dan BL rasa bersalah juga dengan keaadaan begini.
Bayangkan apabila rawai di tarik semua ,ikan yang dapat cuma seekor ikan gerut gerut berat hanya 1 kg.BL tengok bagaimana hampa nya perasaan mereka apabila hasil nya tak seberapa.BL pun cuba memberi kata kata semangat pada mereka dan semua bersetuju mencari tempat lain untuk merawai.Kami patah balik ke darat sejauh 16 batu nautika ia itu satu tuas belum di terokai .
Tiba di tempat itu maka segala persiapan telah di lakukan untuk melabuh rawai kali kedua.Macam biasa ,setelah menunggu hampir satu jam maka tiba masa untuk mengarau rawai,alangkah terkejut dan seronok nya mereka menaikan berbagai bagai jenis ikan yang dianggarkan lebih satu ribu ringgit.BL sempat merakam aksi dan gelagat mereka menaikan ikan tersebut.
Kami sampai balik di pengkalan Permatang Tepi Laut pukul 7.30 pagi.



Umpan ikan temenung segar dan bakul rawai.



Keadaan dalam sungai Permatang Tepi Laut.


Keadaan bot yang BL naik.


Sorry!Gambar tak terang.



Sebahagian ikan merah yang di rawai.


Ikan kerapu dan pari.




Ikan yang diperolehi.





Ikan kerapu bersaiz 1 kg.


Bot meninggalkan Permatang Tepi laut.







Aksi nelayan BL uploadkan video.Klik di sini






No comments:

Post a Comment