Hari ni saye nak berkongsi ngan korang sume perihal idola saye selepas
Tok Det ;) ... berbanding Tok Det, Syed Bukhary tidaklah popular meletop
masuk keluar tivi. Akan tetapi beliau adalah nama besar di sebalik
ORANG MELAYU. Ya, kita mungkin xjumpa dia di TV hari2, tetapi nama
beliau meniti di bibir-bibir tycoon perniagaan. Setakat ini TAK ADA yer,
kaum kita yang dapat beat beliau menduduki ranking Melayu terkaya.
Hatinya dimiliki ramai kerana budi dan jasa beliau dalam dunia amal
kebajikan melalui yayasannya. Allah sahaja dapat balas kebaikan beliau
yang telah ditabur :)... Sebagai bangsa Melayu saya sgt2 berbangga dan
berharap Tan Sri Syed bertambah sukses dan berdoa semoga jasa beliau
terhadap tanahair dapat dikongsi dengan mereka yang memerlukan dengan
lebih meluas lagi.LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARYTan Sri
Syed Mokhtar Al-Bukhary* Umur – 61 tahun* Pendidikan – SPM* Mula
berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)* Kekayaan -RM1,425
juta* Ke 7 terkaya di Malaysia* Ke 32 terkaya di Asia Tenggara
(Forbes)Tan Sri Syed Mokhtar al-BukharyTAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja
amal.Latar belakang kehidupanTan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor
Al-Bukhary dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya
berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di
Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga.
Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah
bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar,
Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.Tan Sri Syed
Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang
ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan
hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak
mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah
hendak menelaah.Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada
hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas
tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan
al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini,
seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen
itu.PendidikanTan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor
Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal
bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau
berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri
Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan
menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint
Micheal’s.Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang
berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat
universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu.
Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila
beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.Membantu
keluargaDisebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri
Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung
pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah.
Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.Semasa waktu rehat di
sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat
simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu
menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan
dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan
pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.Mula berniagaPada tahun
1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan
ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh
Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati
begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan
bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam
bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara
kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar
Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya
membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga
Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya
dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi
memajukan diri dalam dunia perniagaan.Daripada perniagaan menjual
daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun
1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A.
Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA
yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Sebenarnya,
seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang
tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit
itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed
membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan
Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.Tan
Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan
beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan
memiliki lebih daripada 40 buah lori.Menubuhkan syarikatPada tahun 1974,
Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok
Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan
Kemajuan Bandar.Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat
Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara
yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah
manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan
beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn.
Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
Johor.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat
usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua
Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula
pengilang beras.Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar
memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan
masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang
diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai
1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.Perniagaan
terus berkembangDaripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan
perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan
sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan
Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.Setahun selepas Bukhary Sdn.
Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada
tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak
kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan
Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai
empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa
beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.Tan Sri Syed Mokhtar
diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung
susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya
diubah suai menjadi pusat pembungkusan.Apabila beliau mendapat kontrak
pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada
tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara
dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk
Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd.
dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.Pada pertengahan tahun
80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn.
Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.Strategi tersendiriPada tahun 1978,
beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan
Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan
sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma
bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran
atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak
mentah.Perniagaan pakaianSelepas mengembangkan perniagaannya bermula
daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter,
beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.Ini ekoran
kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak
Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak
tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam.
Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada
mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.Selepas membeli
daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua
buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan
Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental
Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental
Garment yang berpusat di Seberang Prai.Apabila Amtek Holdings
disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998,
beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli
Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama
Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut
tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek
Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.Perniagaan perkapalanTidak
cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan
perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya
dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker
kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed
Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada
harga USD1 juta.Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi
mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun,
perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa
menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000
(USD1 juta – USD600,000).Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan
diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang
tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah
syarikat Bukhary Development.Penglibatan
dalam projek penswastaanBeliau terlibat dalam projek penswastaan Johor
Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor
Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn.
Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn.
Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.Kini, Pelabuhan
Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah
syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan
Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura
ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.Projek penswastaan ketiganya adalah
penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu
syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan
Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik
dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.KepentinganBeliau membeli
MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham
daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga
memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat
pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad
di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.Selain itu, beliau
memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam
perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International
Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor
perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad,
syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus
kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran
buku.Objektif penubuhan Yayasan al-BukharyYayasan al-Bukhary ditubuhkan
pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan
miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga
menggalakkan persefahaman antara peradaban.Antara objektif utama Yayasan
al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini
terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan
kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran
dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada
kepentingan di dalamnya.Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan
lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.
Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin.
Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin
dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.Projek-projek
utama Yayasan al-BukharyAntara projek terbesar yang sedang dijalankan
adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah
yang siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan
sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid,
pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi
warga tua dan pusat pengajian tinggi.Antara projek besar yang disiapkan
adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai
RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau
Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga
membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang
pendidikanPada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah
RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat
pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga
kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam
projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia
(AIMST) di Sungai Petani, Kedah.Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga
sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan
persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.Yayasan
Al BukharyPenglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan
oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih
menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap
menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam.
Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi
Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul
dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi
biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.Sedar tak sedar, daripada
seorang individu yang tak pernah menjejak kaki ke menara gading dan
bermula daripada bawah, kini telah menimbulkan satu fenomena “Syed
Mokhtar al-Bukhary” yang boleh dikatakan cukup sebati kepada segenap
lapisan masyarakat Malaysia kerana beliau sekarang berjaya “mengawal”
syarikat dan projek-projek besar. Antaranya :MMC (CONSTRUCTION)DRB-HICOM
(AUTOMOTIVE)BERNAS (BERAS)TRADEWINDS (HOTEL DAN PERLADANGAN)PADINI
(GARMENT)ROTI GARDENIA (ROTI)GULA PADANG TERAP & CENTRAL SUGAR
REFINERY PLANT - CSR (GULA)PORT TANJUNG PELEPAS (PORT)LAPANGAN TERBANG
SENAI (AIRPORT)HIGHWAY SENAI-JB (FREE TOLL HIGHWAY)HIGHWAY KULIM-BALING
(FREE TOLL HIGHWAY)MALAKOFF (IPP)ALAM FLORAPUSPAKOMHICOM-HONDAMODENASTan
Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan
kekayaan yang bernilai AS$1.7 billion.(Sumber
: Petikan Artikel di Web I Luv Islam / di Wikipedia)Semoga artikel ini
memberi kita semua dorongan dan motivasi ke arah kejayaan.1. Jaga Amalan
Wajib2. Banyak bersedekah3. Tiada jalan mudah untuk kaya dan berjaya.4.
Membina kejayaan di dunia dan di akhirat...
Blog ini menceritakan peristiwa, pengalaman dan pandangan penulis di kawasan Bayan Lepas.
Monday, January 30, 2012
Thursday, January 26, 2012
Pramugari koma di tanah suci
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.
Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang puan pergi haji ini?"
"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.
"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.
Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.
Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.
Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.
Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.
Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.
Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.
Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."
"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."
"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.
Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Wednesday, January 18, 2012
Thursday, January 12, 2012
Gadis cantik jadi bahan kenduri.
Thursday, 12 January 2012
GADIS cantik jadi bahan KENDURI!
Ceritanya bagai mana gadis2 ini didapati, apa bila seseorang itu ingin ke salah satu tempat di china, yang bakal melalui desa tersebut dan kebiasaannya akan ada yang menumpang dan menginap di rumah warga desa tersebut. Jika mereka menemukan pengunjung wanita, mereka akan menangkap si wanita tersebut dan diikat dan dilarang keluar dari rumah. Si wanita tersebut akan diberi makan dan tempat tinggal yang disediakan oleh warga desa tersebut.
Ketika menjelang perayaan, wanita tersebut akan dibunuh dan badannya akan dijadikan DAGING PERSEMBAHAN oleh warga mereka ini. Wanita yang telah diculik oleh warga akan dicuci bersih terdahulu hingga dicabut seluruh bulu badannya.
Kemudian wanita itu di telanjang dan kaki tangannya diikat ketat dan dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian baru akan dijalankan upacara pemotongan.
Wanita atas ini pada saat akan dipotong, dia hanya menangis tanpa teriak. Kerana dia telah tau takde org yang akan menyelamatkan dirinya. Wanita tersebut akan dipotong lehernya dahulu supaya berhenti bernafas.
Daging dilapah untuk dimasak
Apabila hari perayaan maka, gadis-gadis ini akan disembelih dan di lapah seperti gambar-gambar diatas dan juga gambar yang sebelum ini. Makanya setiap tahun akan ada gadis yang akan dikorbankan.
Kepada gadis-gadis di luar sana jadikan ini sebagai pengajaran untuk anda semua lebih berhati2
* dipetik dari ceritamamat.com
Subscribe to:
Posts (Atom)