Thursday, June 30, 2011

Budak tersepit di celah bangku.




BL pun nak tergelak dan kesian pun ada, tengok video ini,berapa punya buaik
budak ini sampai termasuk kepala celah kerusi.Cikgu sekolah pun pening kepala tengok anak murid sampai ke tahap lebih daripada gaban.Yang syok tu,budak tu tak panik ,buat tak tau saja,cikgu yang bersusah payah memikirkan bagaimana nak keluarkan kepala budak ini.Kalau BL jadi cikgu ,BL panggil mak bapak budak ini suruh dia buka sendiri kepala anak dia.HA...ha...ha...

Sunday, June 26, 2011

Tengok kapalterbang turun.

BL pun tak perasan ada satu tempat di jalan dari Bayan Lepas menuju ke Batu Maung telah menjadi tempat beriadah bersama keluarga.Ada se batang jalan merentasi laluan pendaratan kapalterbang telah menjadi tumpuan orang ramai pada waktu petang untuk melihat kapalterbang melakukan perdaratan.BL pun telah singgah sekejap untuk merasai apa yang menarik di tempat ini.Selain dapat melihat pendaratan kapalterbang ,di sini juga dapat merasai angin dari laut yang datang dari arah penghujung landasan kapalterbang.Tapi anda tidak digalakan datang pada waktu malam kerana tempat ini juga menjadi tempat persinggahan untuk 'kereta rosak'.



Terminal lapangan terbang ,boleh lihat dari jauh.


Jalan yang lurus ..,amat bahaya bagi keselamatan diri.Di nasihatkan supaya anda berhati hati sikit.


Becon yang terdapat di hujung landasan kapalterbang.


Lampu terpasang memberi panduan kapalterbang turun.


Banyak kenderaan meletak di tepi jalan untuk melihat kapalterbang turun.




Nota: BL harap kerajaan dapat membina tempat meletak kenderaan yang lebih baik di kawasan ini sebelum berlaku kemalangan kerana jalan ini sibuk dengan kenderaan.

Tuesday, June 21, 2011

Apa pun tak boleh.

Dua tiga hari ,cuaca amat panas sekali. BL pun tak tahan dengan cuaca begitu rupa.Hari ini semua plan BL nak buat ,semua nya tak jadi atau orang kata hari ini `Bad Luck' BL.
Pertama sekali, BL kekurangan duit tukar(duit kecil),maklumlah BL orang berniaga ,kalau tak ada benda tu,besok tak boleh berniaga.Semua pelanggan la ni guna duit besar besar belaka.BL pun talipon di bank yang selalu BL berurusan dengan nya,tapi jawapan dari kerani bank itu ,tengah dok tunggu van duit (Van Security) bila bila masa boleh sampai. Hari ini BL kena pergi juga ke bank, nak` bank in ' duit kerana terpaksa membayar barang berniaga.Apabila saja nak naik motor pergi ke bank(lebih kurang 4 km ke bank itu),minyak pula kurang,ni yang BL malas dengan anak perempuan se orang ni ,kalau naik motor minyak tak tau nak bubuh. Baru kelmarin BL bubuh full tank,BL bukan nya kedekut nak bubuh minyak tapi masalah nya ,kalau BL nak berurusan dengan bank ,BL tak akan berhenti mana mana tempat kerana takut apa apa akan terjadi.BL terus juga perjalanan tapi motor BL rasa melelong(tak stabil) kerana tayar depan kurang angin pula...,Ni tak boleh jadi kena masuk juga ke kedai minyak untuk pam tayar saja kot..,tapi tetiba saja di tempat nak pam angin ,lori tanker pula blok depan tu,nak pam macam mana ,nak tunggu tentu nya berjam jam,terpaksa lah BL naik dengan perlahan pergi ke bank.
Masuk saja dalam bank, di kaunter cashier ada seorang pegawai saja yang bertugas,BL difahamkan dua orang lagi pegawai yang cekap dan cepat telah mengambil MC,ni yang BL tak berapa syok kerana yang bertugas sekarang ni merupakan seorang yang membuat kerja dengan sopan santunnya,faham faham sajalah apa maksud BL....Untuk pengetahuan semua ,perangai BL kalau membuat sesuatu kerja hendak lah cepat.Tiba lah giliran BL berurusan dengan pegawai tersebut yang mengambil masa lebih kurang 15 minit.BL tanya tentang duit tukar yang BL pesan tadi,tapi kerani tu pula tiada kerana pergi makan.Alahai..... ,terpaksalah besok kena datang lagi ke bank,ni yang membuat BL nak bebal ,kerana selama ni BL hanya pergi ke bank seminggu sekali saja.

Balik saja ke rumah,BL telah menerima se pucuk surat dari Astro yang mengatakan bulan ini astro akan naik harga ,adoi...wey! Apa nak jadi dengan astro ni,rancangan nya semua nya hampeh belaka,ni suka suka hati nak naik harga pulak.Hanya satu rancangan saja yang best iaitu Maharaja Lawak.Apa nak jadi dengan astro ni BL pun tak tahu,untung beratus juta masih lagi nak naik harga.Kalau pakai ariel dah tentu free,tapi kawasan BL penerimaan gelombang kurang terang,Kalau tidak dah lama BL tak nak melanggan astro,buat habis duit saja kerana rancangan nya bukan bagus sangat.

Friday, June 10, 2011

Kelab Taat Suami Malaysia?

BL dah sepuluh hari tak update blog kerana masalah braodband terlalu lambat macam siput .........,sebelum ni BL melanggan braodband salah satu syarikat ini .dia menjanjikan kelajuan yang memuaskan BL,tapi biasalah apabila dah guna beberapa hari timbullah masalah.BL dah beberapa kali komplen pada syarikat ini ,tapi masalah ini tetap terjadi.Apa nak buat dah terkena.
BL terbaca dalam suratkhabar wujud nya satu kelab yang bernama Kelab Taat Suami Malaysia .BL tak faham kelab ini ditubuhkan untuk tujuan apa?Kelab ini mempunyai seramai 800 ahli terdiri daripada kaum wanita.BL pun tak kisah ahli nya seramai itu ,tapi masalah nya ,baru baru ini kenyataan naib presiden nya Dr Rohaya Mohamad mengatakan bahawa isteri isteri kena layan sex suami serupa macam pelacur kelas atasan supaya suami tidak cari makan di luar,terkejut juga BL membaca kenyataan tersebut yang samakan isteri dengan pelacur.Kenyataan ini boleh menguriskan hati sesiapa yang membacanya yang mana kenyataan ini keluar dari seorang yang berpendidikan tinggi.Jangan lah buat isteri sama dengan pelacur pula, adakah ini boleh membuat suami tidak curang?
BL nak menyentuh sikit apa yang silap tentang kenyataan tersebut.Yang syoknya disuruh isteri jadi pelacur kelas pertama untuk melayan sex suaminya yang hardcore semata mata untuk menjamin keutuhan rumahtangga,ha...ha...ha....Pada hal kalau suami nya itu jenis orang yang gatal ,buat macam mana sekali pun ia akan cari kenikmatan di luar juga.Ini terpulang pada keimanan seorang suami adakah ia akan tergoda dengan dugaan yang maha dasyhat di luar.Memang kita ketahui nafsu lelaki amat kuat sekali,bayangkan nafsu lelaki ni walaupun dia sudah tua,selagi dia boleh berjalan selagi itu nafsu nya tetap ada .Perkara ini terlalu subjektif hendak dikatakan kerana jangan salahkan di pihak isteri tentang kecurangan suami suami kalau suami nya jenis hidung belang.Jalan menyesaikan masalah ini adalah dengan memperbanyakkan amalan dan mendalami ilmu agama.Di sini tidak timbul ke utuhan rumahtangga se mata mata kerana sex.Patut nya kelab ini ajar ahli ahli nya bagaimana nak pupuk rumahtangga dengan berpandukan agama,yang tu nasihat BL.

Nota :Kalau suami nak cari isteri layanan sex seperti pelacur kelas pertama ,cari lah isteri dalam kelab ini......