BL dah sepuluh hari tak update blog kerana masalah braodband terlalu lambat macam siput .........,sebelum ni BL melanggan braodband salah satu syarikat ini .dia menjanjikan kelajuan yang memuaskan BL,tapi biasalah apabila dah guna beberapa hari timbullah masalah.BL dah beberapa kali komplen pada syarikat ini ,tapi masalah ini tetap terjadi.Apa nak buat dah terkena.
BL terbaca dalam suratkhabar wujud nya satu kelab yang bernama Kelab Taat Suami Malaysia .BL tak faham kelab ini ditubuhkan untuk tujuan apa?Kelab ini mempunyai seramai 800 ahli terdiri daripada kaum wanita.BL pun tak kisah ahli nya seramai itu ,tapi masalah nya ,baru baru ini kenyataan naib presiden nya Dr Rohaya Mohamad mengatakan bahawa isteri isteri kena layan sex suami serupa macam pelacur kelas atasan supaya suami tidak cari makan di luar,terkejut juga BL membaca kenyataan tersebut yang samakan isteri dengan pelacur.Kenyataan ini boleh menguriskan hati sesiapa yang membacanya yang mana kenyataan ini keluar dari seorang yang berpendidikan tinggi.Jangan lah buat isteri sama dengan pelacur pula, adakah ini boleh membuat suami tidak curang?
BL nak menyentuh sikit apa yang silap tentang kenyataan tersebut.Yang syoknya disuruh isteri jadi pelacur kelas pertama untuk melayan sex suaminya yang hardcore semata mata untuk menjamin keutuhan rumahtangga,ha...ha...ha....Pada hal kalau suami nya itu jenis orang yang gatal ,buat macam mana sekali pun ia akan cari kenikmatan di luar juga.Ini terpulang pada keimanan seorang suami adakah ia akan tergoda dengan dugaan yang maha dasyhat di luar.Memang kita ketahui nafsu lelaki amat kuat sekali,bayangkan nafsu lelaki ni walaupun dia sudah tua,selagi dia boleh berjalan selagi itu nafsu nya tetap ada .Perkara ini terlalu subjektif hendak dikatakan kerana jangan salahkan di pihak isteri tentang kecurangan suami suami kalau suami nya jenis hidung belang.Jalan menyesaikan masalah ini adalah dengan memperbanyakkan amalan dan mendalami ilmu agama.Di sini tidak timbul ke utuhan rumahtangga se mata mata kerana sex.Patut nya kelab ini ajar ahli ahli nya bagaimana nak pupuk rumahtangga dengan berpandukan agama,yang tu nasihat BL.
Nota :Kalau suami nak cari isteri layanan sex seperti pelacur kelas pertama ,cari lah isteri dalam kelab ini......
No comments:
Post a Comment