Tuesday, June 21, 2011

Apa pun tak boleh.

Dua tiga hari ,cuaca amat panas sekali. BL pun tak tahan dengan cuaca begitu rupa.Hari ini semua plan BL nak buat ,semua nya tak jadi atau orang kata hari ini `Bad Luck' BL.
Pertama sekali, BL kekurangan duit tukar(duit kecil),maklumlah BL orang berniaga ,kalau tak ada benda tu,besok tak boleh berniaga.Semua pelanggan la ni guna duit besar besar belaka.BL pun talipon di bank yang selalu BL berurusan dengan nya,tapi jawapan dari kerani bank itu ,tengah dok tunggu van duit (Van Security) bila bila masa boleh sampai. Hari ini BL kena pergi juga ke bank, nak` bank in ' duit kerana terpaksa membayar barang berniaga.Apabila saja nak naik motor pergi ke bank(lebih kurang 4 km ke bank itu),minyak pula kurang,ni yang BL malas dengan anak perempuan se orang ni ,kalau naik motor minyak tak tau nak bubuh. Baru kelmarin BL bubuh full tank,BL bukan nya kedekut nak bubuh minyak tapi masalah nya ,kalau BL nak berurusan dengan bank ,BL tak akan berhenti mana mana tempat kerana takut apa apa akan terjadi.BL terus juga perjalanan tapi motor BL rasa melelong(tak stabil) kerana tayar depan kurang angin pula...,Ni tak boleh jadi kena masuk juga ke kedai minyak untuk pam tayar saja kot..,tapi tetiba saja di tempat nak pam angin ,lori tanker pula blok depan tu,nak pam macam mana ,nak tunggu tentu nya berjam jam,terpaksa lah BL naik dengan perlahan pergi ke bank.
Masuk saja dalam bank, di kaunter cashier ada seorang pegawai saja yang bertugas,BL difahamkan dua orang lagi pegawai yang cekap dan cepat telah mengambil MC,ni yang BL tak berapa syok kerana yang bertugas sekarang ni merupakan seorang yang membuat kerja dengan sopan santunnya,faham faham sajalah apa maksud BL....Untuk pengetahuan semua ,perangai BL kalau membuat sesuatu kerja hendak lah cepat.Tiba lah giliran BL berurusan dengan pegawai tersebut yang mengambil masa lebih kurang 15 minit.BL tanya tentang duit tukar yang BL pesan tadi,tapi kerani tu pula tiada kerana pergi makan.Alahai..... ,terpaksalah besok kena datang lagi ke bank,ni yang membuat BL nak bebal ,kerana selama ni BL hanya pergi ke bank seminggu sekali saja.

Balik saja ke rumah,BL telah menerima se pucuk surat dari Astro yang mengatakan bulan ini astro akan naik harga ,adoi...wey! Apa nak jadi dengan astro ni,rancangan nya semua nya hampeh belaka,ni suka suka hati nak naik harga pulak.Hanya satu rancangan saja yang best iaitu Maharaja Lawak.Apa nak jadi dengan astro ni BL pun tak tahu,untung beratus juta masih lagi nak naik harga.Kalau pakai ariel dah tentu free,tapi kawasan BL penerimaan gelombang kurang terang,Kalau tidak dah lama BL tak nak melanggan astro,buat habis duit saja kerana rancangan nya bukan bagus sangat.

1 comment:

  1. ini kali pertama saya baca blog bl yg ikhlas ,pedas dan berinformasi , bl seong yg suka berjimat tetapi sering berakhir dgn 'klur duit', bl perlu bersabar banyak meskipun bl jenis nak cepat dlm semua, cuba fahami situasi pihak yg lain sebelum judge anybody, saya pasti pegawai bank tersebut tidak bermasam muka atau membebel dgn bl, kerana walau dlm apa situasi bl merupakan asset yg penting utk bank, bg anak bl mengapa bl tidak membelikan basikal sahaja jimat kos & minyak ...hehehe ....dan utk astro ...hehehe saya pun tidak setuju dgn kenaikan harga tapi apa boleh buat sehingga ada penyaing utk satelite tv tersebut , kita perlu sabojelah !!! teruskan usaha bl memberikan komen dan pastikan yg ori dari bl !!!

    ReplyDelete