Sunday, July 17, 2011

Bahaya makan ulam jering.

Jering kalau dibuat ulam memang sedap dimakan dan ia adalah makanan kegemaran orang melayu dari zaman dahulu lagi.Di samping itu jering mempunyai banyak zat makanan yang diperlukan oleh badan dan juga di jadikan penawar bagi pengindap penyakit kencing manis kerana menurut pakar perubatan jering mempunyai sebatian alkoloid yang dapat meneuralkan gula dalam darah.
Selalu nya apabila makanan itu sedap kita hendaklah makan di dalam kuatiti yang sedikit,kerana apabila kita makan makanan itu terlalu banyak ia boleh memudaratkan kesihatan kita.Sama juga dengan jering kerana apabila kita makan terlalu banyak ,ia boleh menyebabkan kesukaran untuk membuang air kecil dan bukan itu saja,malah jering juga mempunyai sejenis toksik ia itu asik jengkolik yang menyekat saluran pundi kencing dan seterusnya akan merosakan buang pinggang kita.


Buah yang belum dipetik dari pokok.


Jering yang sudah di kupas kulit nya.

1 comment:

  1. Hi.Bolehkah saya tanya mana boleh saya dapat buah jering ni?Saya tinggal kat Penang.Terima kasih.

    ReplyDelete