Seorang apek disamun dan dibelasah oleh empat orang pemuda india yang menyamar sebagai anggota polis. Kejadian ini berlaku pada pukul lima pagi tadi, ketika beliau menunggang motor keluar 500 meter dari rumahnya di Taman Pekaka untuk pergi ke dusun durian.Apabila sampai saja suatu tempat yang agak sunyi,tiba tiba dua buah motor telah menghimpit sambil mempekenalkan bahawa mereka polis dan menyebabkan mangsa berhenti.Se cara tiba tiba mereka terus menghayunkan topi keledar ke muka dan menyebabkan mangsa terjatuh. Beliau sempat menjerit meminta pertolongan dengan tergesa gesa mereka cuba menarik beg pinggang tapi tidak berjaya dan hanya salah seorang dari penyamun itu telah berjaya mendapat handphone yang terjatuh ketika berlaku pengelutan.Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di sebelah pipi kanan dan beberapa lebam di badan.
Kecederaan beliau alami.
Nota: Kepada orang Penang,kejadian ini sudah beberapa kali berlaku di tempat ini. Kalau nak tahu, kawasan ini adalah Black Area bagi penduduk di sini .Kawasan ini terletak di antara Komplek Bukit Jambul hingga ke Tesco Extra ,merangkumi Taman Lip Sin dan Taman Pekaka.Kepada pembaca, hendaklah berhati hati sikit dengan tempat ini dan cuba mengelak dari memasuki lorong lorong perumahan.
No comments:
Post a Comment