Saturday, November 26, 2011

Amaran kepada empunya akaun Facebook

PERHATIAN !! satu nasihat untuk perempuan sahaja. Jangan approve akaun bernama Aida Arissa Bukhari.. dia dikenali sebagai Tauke Chun. dia didakwa mencuri gambar-gambar perempuan di facebook sebelum masukkan ke dalam blog ape cer. dia buat cerita Seks Melayu untuk jatuhkan maruah perempuan.Hati-hati , dia suka mencuri gambar cun , bertudung , seksi dan lesbian, bogel dan masukkan dalam blog dia. Kalau anda sedar gambar anda ada didalam blog dia , anda kena buat report polis sebelum pergi aduan kepada cybersecurity malaysia.. Sila sebar kan kepada teman2 , serta adik beradik , saudara mara , keluarga tersayang
(copy & paste)

Friday, November 25, 2011

Yakjuj,Makjuj Dikurung Dalam Tembok Ajaib


 
                             
                           
Di sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.

Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.

Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.

“Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya.

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.

“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.”

Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

“Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.

“Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu.

Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat.

“Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya.

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.

“Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.

“Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”















  








Salam Maal Hijrah.

Friday, November 18, 2011

Mayat bayi lelaki di temui di dalam longkang.

MAYAT bayi lelaki yang dibuang di dalam longkang di Jalan Kolam Ikan di Bayan Lepas Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 17 Nov. – Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di dalam longkang di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini.
Mayat bayi itu dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan terapung dan dihurungi lalat kira-kira pukul 1 petang hari ini.
Difahamkan, mayat bayi yang masih bertali pusat itu dibuang sejak tiga hari lalu.
Dipercayai mayat tersebut dihanyutkan arus sungai sehingga masuk ke dalam longkang.
Mayat dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zain ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut.
Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

Sumber dari Mummynemo.com

Murtad:Bukan injil solar,tapi nilai dan perhargaan.

 Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan The Malaysian Insider sebagai berkata, “Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang ‘the power of reading the Bible’ seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,”. Asri merujuk kepada kenyataan Exco Negeri Selangor, Dato’ Dr. Hassan Ali di dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor. Saya rasa Asri tidak sebodoh itu dan tidak pula perlu menilai Hassan Ali dengan tahap kebodohan yang sama. Sedihnya, inilah budaya mereka yang berilmu di Malaysia, lebih-lebih lagi berilmu agama. Perayaan Hari Natal disambut dengan penuh kasih sayang, diberkati oleh tuhan dengan salji yang turun mengindahkan suasana seolah-olah di syurga. Lampu-lampu hiasan berkelipan. Santa Claus datang dengan rusa terbang memberi hadiah kepada anak-anak. Ini adalah hari gembira buat mereka. Indah dan hebat penjualan jenama kristianiti oleh para mubalighnya dan dipromosi pula oleh pengarah-pengarah filem besar Holywood. Bagaimana kalau dibandingkan penjenamaan hari Raya Aidil Fitri di televisyen Malaysia? Sudah tentu penuh melodrama dan kesedihan yang menyusuk kalbu. Hari raya yang merupakan hari perayaan kejayaan umat Islam menewaskan hawa nafsu setelah sebulan berpuasa diwarnakan dengan kerinduan ibu tua di kampung terhadap anak-anaknya yang tak kunjung pulang kerana kesibukan mencari rezeki di perantauan, anak-anak menangis kerana ditinggalkan oleh ibu atau bapa dan akhirnya apabila berlaku kepulangan, berlakulah tragedi yang membunuh semangat Aidil Fitri. Bayangkan pula bagaimana anggun dan indah sebuah gereja di gambarkan di dalam filem-filem barat dan bandingkan pula bagaimana masjid digambarkan di dalam karya tempatan. Itu semua baru fantasi dan belum realiti. Tetapi fantasi itu sahaja sudah cukup mengoncang keimanan anak-anak kita tanpa perlu injil bertenaga solar dari pendakwah kristian. Realitinya lebih dasyat. Hari-hari para ulama’ yang dikenali oleh ramai di Malaysia asyik bertelagah sesama sendiri soal-soal politik. Ulama’ yang tidak kita kenali pula tak tahulah apa cerita mereka. Hari-hari pendakwah kita bercakap soal haram itu dan haram ini. Neraka itu dan neraka ini dan bila bercakap soal yang positif, selalunya yang berasaskan keinginan nafsu syahwat seperti bagaimana bidadari-bidadari akan melayan kita di syurga dan bagaimana mengalir sungai-sungai wain yang boleh diceduk dan dihirup bila-bila sahaja tanpa membawa kemabukan. Realitinya, anak muda kita sama ada menjadi cemuh kepada agama atau menjadi ekstrem dan lebih Islam dari Islam yang disempurnakan oleh Allah S.W.T kepada junjungan kita Muhammad S.A.W. Realitinya, dakwah yang dibawa oleh para mubaligh kristian jauh hebatnya memenangi hati dan perasaan insan yang didekati mereka. Beberapa detik bersama pendakwah kristian bisa membawa senyuman berjela-jela berbanding sesaat mendengar ceramah agama oleh pendakwah Islam. Dalam menghadapi realiti kehidupan, tuhan yang dicari adalah yang dapat menyelesaikan soal kerumitan hidup dunia. Jaminan yang dikehendaki berkisar kepada persoalan bagaimana menghadapi hari-hari tanpa wang ringgit di dalam kocek. Soal bidadari itu tinggal dulu, nafsu syahwat tidak terbangkit oleh jeritan anak yang kelaparan sesuap nasi dan tangisan insan yang kita sayangi mengharapkan bantuan kewangan untuk membiayai kos perubatan. Soal mengejar 1000 malam di malam Lailatul Qadar tidak akan boleh dihadam bila bukan sebulan tetapi sudah setahun tidak menjamah makanan yang sempurna. Siapa yang tiada masalah di dunia tetapi masalah bukan alasan untuk murtad. Itu kata kita. Memang senang untuk berkata, wang bukan segalanya. Atau, antara rumah usang dan syurga, aku memilih syurga. Tetapi realitinya, bukan begitu bagi mereka yang hidup tertekan hari demi hari. Setiap hari mereka bertanya, apa lagi cubaan yang Engkau mahu berikan kepada aku yang lemah ini ya Allah. Setiap hari bukan semakin bertambah baik tetapi bertambah buruk. Benarkah cubaan itu datangnya dari Allah atau Allah Yang Maha Mulia itu telah dijadikan alasan kelemahan kita sesama Islam mengamalkan agamanya yang sebenar? Sebenarnya cubaan dan cabaran itu datang dari manusia sendiri. Contohnya dari jiran yang membayar zakat kepada Majlis Agama Islam tetapi zakat itu tidak sampai kepada tetangganya yang memerlukan kerana pelbagai kerenah birokrasi. Yang hijau pula akan utamakan pemberian zakat kepada yang hijau dari yang biru. Yang biru juga begitu. Yang merasakan diri alim tidak mahu membantu yang dilihat buta agama kerana takut wangnya diguna ke jalan yang dicurigai dan begitulah seterusnya alasan yang dipenuhi pelbagai diskriminasi dan hipokrasi. Kegagalan pendakwah Islam dan segala agensi-agensi berkaitan dengan Agama Islam menterjemah dan menangani realiti harian manusia adalah antara punca bagaimana usaha mengurangi murtad dikalangan mereka yang dilahirkan Islam mahupun yang memeluk Islam. Akibatnya Islam menjadi pakej yang tidak praktikal kerana tidak menangani permasalahan harian sebaliknya terlalu tertumpu kepada mendapat ‘keberkatan’ untuk kita buat bekalan kejayaan di akhirat. Bukankah perlu ada keseimbangan antara untuk hidup di dunia dan berdepan dengan alam barzakh? Keseimbangan itu bukan semestinya 50-50 sepanjang masa. Boleh jadi diperingkat awal mungkin kita perlu menumpukan 70-30 antara berdepan dengan dunia dan persediaan untuk akhirat. Kemudiannya 50-50 antara dunia dan akhirat dan seterusnya 30-70 dunia dan akhirat. Itupun seimbang juga namanya. Kerana berusaha menyediakan kehidupan di dunia juga adalah satu ibadah dan tuntutan penting. Bukankah Islam itu satu cara hidup. Adakah Islam hanya cara hidup untuk kejayaan di akhirat atau cara hidup untuk berjaya di dunia dan di akhirat? Sebaliknya, strategi yang diamalkan oleh mubaligh kristian amat-amat berkesan di kalangan mereka yang tertekan dengan pelbagai permasalahan dunia, baik yang merempat, miskin atau yang kaya-raya. Module yang digunakan tertumpu kepada membantu memimpin kita menghadapi kehidupan harian dahulu sebelum memimpin kita ke pintu gereja. Dan selalunya, memimpin ke pintu gereja hanya dilakukan setelah mereka berjaya ‘membuktikan’ bahawa mereka telah ‘menghidupkan kita semula dari mati’. Itu sebenarnya yang berlaku. Usah percaya karut marut kononnya menggunakan sihir dan jampian pada air suci. Tanyalah mereka yang murtad atau pernah murtad, jawabnya sudah pasti ialah kristianiti menerusi pendakwahnya membuat mereka rasa bahawa penganut agama tersebut menunjukkan jalan hidup yang penuh nilai murni, bantu membantui dan sayang menyayangi. Mereka tidak lagi rasa terhina, merasa semakin dihargai dan berjaya melihat masa depan yang lebih cerah. Bandingkan apa yang pendakwah Islam dan ulama’-ulama’ menerusi pelbagai fatwa buat kepada mereka? Takut. Tertekan. Hidup yang sempit bertambah sempit. Malanglah bagi Islam yang diturunkan kepada junjungan kita, yang dijamin kesempurnaannya oleh Allah S.W.T hampir seribu empat ratus tahun yang lalu. Semuanya angkara segelintir umatnya yang mahu menjadi lebih Islam dari Islam, yang mahu menyempitkan yang luas, akhirnya didalam proses itu telah menukar Islam dari satu cara hidup kepada satu cara membunuh kehidupan. Di dalam Islam yang sempurna, penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati. Penuh dengan module kehidupan yang berjaya. Penuh dengan model ekonomi yang dapat menginspirasikan kejayaan dalam kehidupan. Penuh dengan dasar-dasar pencegahan. Kita perlu tanya kepada mereka yang mengaku Islam dan hebat pengetahuan Islamnya. Adilkah untuk menjadi hakim kepada hukuman Allah , sekiranya amanahnya untuk menyediakan kesempurnaan kepada hambanya sendiri belum dapat ditunaikan. Bukankah Allah itu seadil-adil hakim.

Sumber dari Kickdefella.net

Wednesday, November 2, 2011

Rakan sekolah lama di laman FB

            Sejak ada akaun muka buku (facebook)ni.., kawan sekolah lama dapat dikesan,maklumlah dah lebih 33 tahun dah tinggalkan sekolah dan rakan lama semua dah berubah bentuk fizikalnya(termasuk BL),yang tu...,yang susah nak cam ini.Tapi..,Alhamdullilah, BL rasa bangga  dapat menanyakan khabar berita dari mereka semua.Timbul jugak nak buat re union rakan rakan sekolah tapi umur dah setengah abad ni...malu jugak pada anak anak....,kalau anak jenis spoting tu..., tak apalah jugak,tapi kalau  sebaliknya ...,hilang pot tinggal tin la..,jawabnya. Kadang kadang terfikir jugak masa berlalu begitu pantas sekali ,rasa macam BL masih remaja lagi ,padahal tengok di dalam cermin, rambut dah tumbuh uban.
                  Bayangkan umur dah menjangkau lima puluhan ,tapi dok main dengan facebook mengalahkan anak anak muda,padahal di sekolah dulu dulu.., mana ada komputer . Yang syoknya nama pun letak dalam laman FB bukan main glamour lagi, atau letak nama penuh tapi pamer gambar budak budak atau gambar entah apa apa lagi,maklumlah takut orang kenal...Guna pulak tulisan dalam FB 'long hand' bukan "short hand' macam 'saya =sy,lepas tu=pastu' .Bukannya apa...,kami yang dah veteran ni..., pun nak balik semula ke alam remaja kerana di zaman kami tidak ada benda benda ini,mungkin rasa cemburu dengan anak muda zaman sekarang ini yang memiliki segala macam IT.Yang seronok nya apabila melayari laman FB ni..., diri ini rasa gagah dan bertenaga padahal tiap tiap malam dok..., kena gosok dengan minyak angin....,ha! ha! ha!!!...yang tu dok kena perli dengan orang rumah BL ni...


Zaman sekolah BL ,masa tu...,baru Form 4,kalau tak silap BL tahun 1978.