Sejak ada akaun muka buku (facebook)ni.., kawan sekolah lama dapat dikesan,maklumlah dah lebih 33 tahun dah tinggalkan sekolah dan rakan lama semua dah berubah bentuk fizikalnya(termasuk BL),yang tu...,yang susah nak cam ini.Tapi..,Alhamdullilah, BL rasa bangga dapat menanyakan khabar berita dari mereka semua.Timbul jugak nak buat re union rakan rakan sekolah tapi umur dah setengah abad ni...malu jugak pada anak anak....,kalau anak jenis spoting tu..., tak apalah jugak,tapi kalau sebaliknya ...,hilang pot tinggal tin la..,jawabnya. Kadang kadang terfikir jugak masa berlalu begitu pantas sekali ,rasa macam BL masih remaja lagi ,padahal tengok di dalam cermin, rambut dah tumbuh uban.
Bayangkan umur dah menjangkau lima puluhan ,tapi dok main dengan facebook mengalahkan anak anak muda,padahal di sekolah dulu dulu.., mana ada komputer . Yang syoknya nama pun letak dalam laman FB bukan main glamour lagi, atau letak nama penuh tapi pamer gambar budak budak atau gambar entah apa apa lagi,maklumlah takut orang kenal...Guna pulak tulisan dalam FB 'long hand' bukan "short hand' macam 'saya =sy,lepas tu=pastu' .Bukannya apa...,kami yang dah veteran ni..., pun nak balik semula ke alam remaja kerana di zaman kami tidak ada benda benda ini,mungkin rasa cemburu dengan anak muda zaman sekarang ini yang memiliki segala macam IT.Yang seronok nya apabila melayari laman FB ni..., diri ini rasa gagah dan bertenaga padahal tiap tiap malam dok..., kena gosok dengan minyak angin....,ha! ha! ha!!!...yang tu dok kena perli dengan orang rumah BL ni...
Zaman sekolah BL ,masa tu...,baru Form 4,kalau tak silap BL tahun 1978.
No comments:
Post a Comment