Sunday, December 11, 2011

Mengeluh.....



Seringkali dalam menjalani kehidupan ini, kita mengeluh …… mengeluh itu, mengeluh ini ! Ini tak cukup, ini kurang, ini susah, ini tak bagus ….. dan macam-macam lagi bentuk keluhan !


Setakat beberapa contoh keluhan:


Jika mengeluh hanya kerana mampu memiliki sebuah motorsikal, bagaimana pula dengan mereka ini …… yang dimilikinya hanya sebuah basikal buruk !
 
Jika mengeluh kerana tidak memiliki kedua-dua kaki, bagaimana pula tentang mereka ini ……. bukan sahaja tidak ada kaki, tangan yang ada hanya satu !

 Jika mengeluh kerana terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan, bagaimana pula mereka ini ……. tidak boleh bergerak dan terlantar di atas katil !


Jika mengeluh kerana memiliki sebuah rumah yang kecil, bagaimana pula tentang mereka ini ……. berumah di bawah jambatan !

Jika mengeluh kerana memiliki seorang anak, bagaimana pula dengan mereka ini ……. tidak ada anak walaupun sudah berumahtangga 15 tahun !

 Jika mengeluh tentang rasa makanan yang kita makan (kurang sedap, terlalu masin, kurang rempah dan lain-lain), bagaimana pula tentang mereka ini ……. kebuluran ….. tidak mempunyai apa-apapun untuk dimakan!

Jika kita mengeluh tentang sistem pengangkutan yang kurang efisyen, bagaimana pula tentang mereka ini …….. berjalan atas tali menyeberangi sungai !

Jika mengeluh kerana terpaksa berbasikal selama 10 minit untuk sampai ke sekolah, bagaimana pula dengan mereka ini ……. ke sekolah dengan meniti atas jambatan lapisan papan !

Jika mengeluh tentang suami atau isteri, bagaimana dengan mereka ini ……. memohon kepada Allah swt untuk ditemukan jodoh !


 
JIKA MENGELUH KERANA TERPAKSA MENGHANTAR ISTERI LEBIH DAHULU KE TEMPAT KERJANYA, BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA INI …… “SUAMI ISTERI HUJUNG MINGGU” ….. ISTERI KERJA DI SELATAN, SUAMI BERTUGAS DI UTARA !


JIKA MENGELUH KERANA BEKERJA DI PEJABAT YANG TIDAK BERHAWA DINGIN (HANYA KIPAS), BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA INI ….. BEKERJA MENCARI REZEKI DI BAWAH SINARAN TERIK KEPANASAN MATAHARI !

JIKA MENGELUH KERANA MENDAPAT GAJI BULANAN YANG RENDAH, BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA INI …… ADA KERJA ADA GAJI, TAK ADA KERJA TAK ADA GAJI !


REALITINYA, KITA MERASAKAN KEKURANGAN TETAPI ADA ORANG LAIN YANG LAGI BANYAK KEKURANGAN


KITA MERASAKAN DALAM KESUSAHAN , ADA ORANG LAIN YANG LEBIH SUSAH


KITA PERLU BERSYUKUR BANYAK-BANYAK KEPADA ALLAH SWT ATAS SEGALA ANUGERAHNYA KEPADA KITA. KITA JUGA PERLU REDHA DENGAN SITUASI KEKURANGAN DAN KESUSAHAN YANG DIALAMI. ADA RAHSIA ALLAH SWT DI SEBALIK APA SAHAJA YANG BERLAKU YANG KITA TIDAK KETAHUI.


REDHA TIDAK BERERTI KITA BERDIAM DIRI DAN TIDAK MELAKUKAN APA-APA UNTUK MENGUBAH KEADAAN. ALLAH SWT MENYURUH KITA BERUSAHA. MAKA DENGAN ITU, KITA BERUSAHA MENGIKUT SYARIATNYA, KEMUDIAN KITA BERDOA DAN SETERUSNYA KITA BERTAWAKAL KEPADANYA.


WALLAHUA’LAM.






Sumber dari blog LuahFikiran.blogspot.com

No comments:

Post a Comment