Wednesday, December 28, 2011

Sekolah Menengah Sungai Ara

1962 Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1962 dengan nama Sekolah Menengah Lanjutan. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Bayan Lepas. Pada masa ini hanya terdapat 90 orang pelajar dengan empat jurusan mata pelajaran iaitu Kesusasteraan Inggeris, Sains rumahtangga, Tawarikh dan Seni Perusahaan. 1965 Pada tahun 1965, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Bayan Lepas. Para pelajarnya tidak lagi menumpang di Sekolah Rendah Bayan Lepas tetapi menumpang pula di Sekolah Rendah Jenis Kebngsaan Chong Cheng, Sg. Ara. 1970 Bangunan rasmi sekolah ini telah didirikan pada tahun 1970 di tapak yang ada sekarang. Sebanyak dua blok bangunan telah di bina iaitu Blok A dan Blok B 1971 Sekolah ini telah dirasmikan pada tahun 1971 oleh Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Hussein Onn. Pada tahun ini juga pelajar sulung tingkatan 5 menduduki peperiksaan MCE. 1973 Sebuah bangunan tambahan telah dibina bersebelahan blok B, ia dikenali dengan blok C. Bangunan ini mempunyai tiga bengkel untuk kelas seni perusahaan. 1974 Sebuah lagi bagunan tambahan telah dibina. Bangunan ini dikenali sebagai blok D. Bangunan ini mempunyai 3 makmal sains dan 3 kelas ERT. 1983 Pada tahun ini dua buah bangunan baru telah dibina iaitu blok E dan F. Bangunan ini merupakan bangunan satu tingkat dari jenis pasang siap. Bangunan ini kini telah dirobohkan untuk dibina bagunan baru. 1987 Pada tahun 1987, sekolah ini telah menyambut perayaan Jubli Perak. Pada tahun ini juga, Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan bangunan baru iaitu blok C dan D 1990 Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi melawat sekolah ini sebagai tetamu kehormat dalam majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. 1992 Lagu sekolah "DEMI SMKSA" telah pertama kalinya diperdengarkan kepada umum. Lagu tersebut adalah ciptaan En. Ahmad Ramli dari Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Senikatanya adalah gubahan En. Ahmad Hashim (PK 1) 1995 Satu majlis makan malam telah diadakan bertujuan untuk mengutip derma bagi pembinaan DEWAN SMKSA. Majlis ini adalah naungan Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu Datuk Ibrahim Saad. 2000 Dua buah bangunan baru telah dibina pada tahun ini iaitu blok G dan H. Blok G merupakan satu bangunan empat tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah, 3 makmal sains dan 1 pusat sumber induk. Blok H merupakan sebuah surau. Ia boleh menempatkan 200 orang dalam satu-satu masa. Moto Sekolah "Ketekunan Nadi Kecemerlangan" Maksud : Tahap kecemerlangan akan tercapai jika sesuatu itu diusahakan dengan penuh minat dan tekun Moto ini menjadi pegangan semua pelajar dan warga SMKSA untuk belajar dan mengajar dengan tekun supaya mencapai kejayaan yang cemerlang Moto ini menjadi penggerak dan perangsang kepada semua pelajar dan guru untuk beljar dan mengajar dengan bersungguh-sungguh, berusaha dengan tekun supaya dapat mencapai kejayaan yanmg paling tinggi Piagam Sekolah Melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dan berkualiti dalam bidang akademik dan ko-kurikulum, inovatif, kreatif, berdisiplin serta bermoral tinggi Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, tekun dan bertanggungjawab bagi melahirkan perkhidmatan yang cemerlang, terpuji dan kemaskini. Mewujudkan semangat kekitaan, suasana yang harmonis, selamat dan keadaan fizikal yang sesuai untuk pendidikan. Senantiasa taat, berdisiplin dan patuh pada etika perkhidmatan bagi menjayakan falsafah pendidikan negara, cita-cita, aspirasi dan wawasan negara yang murni. Bekerjasama, bermuafakat, menghormati dan melayani semua pihak yang berurusan dengn institusi sekolah. VISI Untuk melahirkan Pelajar yang berakhlak Mulia, Berpengetahuan Tinggi dan Berketerampilan Untuk berbakti kepada Keluarga, Sekolah, Masyarakat dan Negara. MISI Melahirkan insan yang stabil dan bijak dari segi akademik. Mempunyai budi pekerti yang tinggi dan berakhlak mulia. Menjadikan sekolah satu institusi yang yang dihormati sebagai pusat penyelidikan generasi yang betul-betul mampu menghadapi cabaran hidup. FALSAFAH SEKOLAH Semua pelajar kita mempunyai potensi. Potensi para pelajar kita perlu diperkembangkan dari segi intelek,rohani,emosi danjasmani. Bahawa para pelajar kita bersifat mulia dan boleh dibentuk melalui pendidikan yang seimbang. Nilai-Nilai murni perlu diterap ke jiwa setiap pelajar kita. Para pelajar kita adalah manusia yang mempunyai perasaan,maruah dan perlu kasih sayang. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan. kejayaan memberi kebanggaan kepada kita seisi sekolah. Insan yang berperikemanusiaan dapat mewujudkan masyarakat yang harmonis dan sejahtera.

2 comments:

  1. lagu xde ke? dh lama cari DEMI SMKSA

    ReplyDelete
  2. Bet365 Casino App 2021 - Mapyro
    Bet365 Casino App 2021. We tested 광주 출장안마 the Mobile Betting and 하남 출장샵 Sportsbook Apps. 군포 출장마사지 This 통영 출장샵 page will look at our review of Bet365 Casino's security,  경상남도 출장마사지 Rating: 4 · ‎Review by Metaratings

    ReplyDelete