Sunday, January 30, 2011

Jalan Jalan cari makan:Pulau Sayak









Bangun tidur pukul 4.30 petang,perut terasa lapar teringat nak makan...
Apa lagi,suruh semua(keluarga) siapkan diri masing masing dan kami pun bertolak dengan kereta tanpa tujuan.Dalam kereta ,kami pun membuat keputusan pergi makan ke Pulau Sayak.
Turun saja dari Jambatan P.Pinang kami melalui lebuhraya BORR dan susur keluar ke Jalan Bagan Ajam terus ke Pematang Bedahari,Penaga.Dari situ kami menaiki Jambatan Kuala Muda melepasi sempadan dua negeri Pulau Pinang dan Kedah.Dalam perjalanan di sini saja suasana amat mengasyikan,di kiri kanan jalan, sawah padi yang hijau luas terbentang,suasana kampung kampung dan sungai Kuala Muda,terasa lapang dada melihat pemandangan yang tak ada di tempat kami.
Dari Jambatan Kuala Muda,kami mengambil jalan ke Pantai Merdeka dan sebelum sampai Pantai Merdeka lebih kurang 2 kilometer ada satu simpang menuju terus ke destinasi kami lebih kurang 3 kilometer.
Di sini ada beberapa kedai makan yang berhadapan dengan Pulau Sayak dan kami pun memilih satu restoran mee udang bersebelahan dengan kubur lama(kerabat sultan kedah).Restoran ini terletak betul betul tepi pantai dan bot bot nelayan sedang memunggah hasil tangkapan mereka.
Panorama di sini sungguh indah sekali dan kami pun memesan tiga pinggan mee udang special(enam ekor udang besar satu pinggan),dua pinggan nasi goreng,satu cawan teh o dan tiga gelas jus buah.Kami terkejut juga harganya iaitu cuma rm 45.50,murah sungguh!!!Di Pulau Pinang mungkin tidak dapat harga begitu,pada hal sekarang musim perayaan Tahun Baru Cina pula.
Lebih kurang satu jam kami berada di sini,maka kami pun bertolak balik dan sebelum balik kami singgah dulu di Tesco Sungai Petani untuk membeli keperluan dapur.




Nota:Tempat betul betul relax.....

Tuesday, January 18, 2011

Pilihanraya makin dekat.

Pilihanraya adalah satu platfom untuk meluahkan perasaan pengundi sama ada puashati atau tidak terhadap pemerintah sekarang dan bagi pemimpin parti pulak ,adalah untuk merebut kuasa pemerintahan atau untuk membela nasib rakyat(betul ke....).
Daripada situasi politik sekarang,maka tidak mustahil pilihanraya akan diadakan pada tahun ini,memandangkan persiapan Barisan Nasional yang aktiviti di 'high lightkan' di media cetak dan elektronik-
Kalau BN mengadakan pilihanraya pada tahun ini,maka menjadi satu kesilapan besar pada parti BN,kerana mungkin banyak negeri akan jatuh kepada PR.Kerajaan BN belum cukup mantap bagi menandingi PR.Banyak masalah rakyat belum diselesaikan oleh BN,terutamanya harga barang yang sentiasa naik.
Rakyat tidak mahu mendengar masalah kewangan negara sedangkan pemimpinnya termasuk YB(BN) hidup dalam keadaan mewah,tambah tambah isteri Perdana Menteri asyik asyik keluar negara bukan kah itu jawatan menteri luar?.Kenapa yang Datin Seri Rosmah menyibuk tak tentu pasal..,ingattt... rakyat tengok semua tuu...Saya harap Datin Seri janganlah terlebih sudu dari kuah,kalau ingat mahu menang semua negeri. Bagi Perdana Menteri ingat!,cara politik mesti ditukar dengan cara yang baru kerana maklumat kepincangan dalam kerajaan senang diperolehi.Di antaranya,memberi bantuan juta juta ,rata ratanya orang Umno yang dapat,itu dah sah sahnya undi BN.Dan kepada Perdana Menteri,nasihatlah YB YB supaya tunjuk hidup kesederhanaan dan kerap ronda ronda kawasan mereka(kalau boleh naik motorsikal saja,nak tunjuk YB bersama rakyat).Kalau boleh jangan sesekali buat keramaian bagi menyambut kedatangan YB.Satu lagi,kalau nak buat mesyuarat atau majlis majlis apa apa ,jangan buat di hotel hotel besar, cukup sekadar di hotel hotel kecil atau di restoran.Ingat...,rakyat susah dan sedang bekerja berhempas pulas untuk menampung perbelanjaan yang sentiasa naik.Dan lagi satu,gunakan seluruh jentera BN untuk mengadakan dan memperbanyakan aktiviti kampung kampung seperti sukan rakyat,pertandingan bolasepak,gotong royong dan sebagainya bagi mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat.Tapi jangan lupa,YB YB pun kena ikut serta.Jangan pulak time tu ada meeting laa..,,projek laa.., entah apa apa lagi,baru lah pemimpin berjiwa rakyat.Dengan cara ini saja rakyat boleh melupakan kemelut kesusahan yang mereka hadapi.
Kebanyakan pengundi atas pagar bukannya nak undi sangat PR tu,tapi kerana pemimpin BN hidup mewah sangat!!, dan tidak boleh mengawal harga barang yang sentiasa naik, maka terpaksa lah servis bertukar undi.Sekarang hidup rakyat susah,suami isteri kena kerja dan ada pulak suami membuat dua kerja dan buka TV tengok pemimpin BN sedang menjamu selera di majlis majlis besar.Ingattt...,orang(pengundi) kalau sudah terdesak boleh buat apa saja.
Kekuatan PR terletak pada Anwar Ibrahim,kerana beliau pandai mencari kelemahan BN dan pandai menyelesaikan masalah rakyat dengan fakta fakta yang logik.Rakyat sudah muak dengan cerita cerita salah laku Anwar,yang rakyat mahu adalah kawal harga barang jangan dinaikan lagi, itu saja...Mau ingat, bahawa Anwar pernah memegang jawatan menteri kewangan dan beliau tahu kelemahan yang ada di dalam jawatan itu.
Mungkin coretan saya ni agak kasar tapi hanya lah untuk menyedarkan pemimpin Umno yang dulu nya saya sanjung..

Sunday, January 16, 2011

Honda CBR 250r



Bagi peminat kenderaan dua roda,ini berita baik untuk anda.Honda Cbr 250r akan dipasarkan pada bulan februari ini.Cbr 250r di datang dengan dua versi iaitu versi biasa dan abs dengan anti lock brake sistem dan anda dapat memilih tiga warna iaitu hitam, perak dan merah.
Motor ini akan menjadi persaing dengan Kawasaki Ninja 250r dan harga pasaran kemungkinan sekitar rm 20 ribu.Dari pandangan saya,bentuk Cbr 250r adalah gabungan naked dan sport yang membuatkan bentuknya tidak berapa cantik.Patutnya, Cbr 250r hendaklah ditiru bentuknya dari Cbr 600r.



Nota:Siap duit saja...

Thursday, January 13, 2011

Pelik tapi benar




Apa yang pelik di restoran ini....Jika anda lapar, jangan terus masuk order nasi kandar.
Mungkin anda terkejut apa yang nak dimakan, semuanya basikal belaka.
Kedai basikal ini terletak di pekan Bayan Lepas berhadapan dengan balai polis.

Wednesday, January 12, 2011

Misha Omar - Pulangkan (Pemenang AJL 25 Tiru Gaya Artis)

Pertandingan tiru gaya artis sebelum AJL 25 bermula,hanya orang yang berada di dalam auditorium saja dapat menonton...,memang best gila..,siap dengan jari kelinking terpacak di mic dan kaki menendang,serupa maaa...cam Misha Omar,ha..ha.. haa.Daripada tengok AJL25 entah apa apa, lebih baik tengok tiru gaya artis lagi best...
Tiru gaya Misha Omar telah berjaya menjadi johan membawa pulang rm 5000.
Tahniah Alif!!(nama peserta).Tahun depan tiru gaya artis lain pulak.



Tuesday, January 11, 2011

Kebanjiran pekerja asing di pekan Bayan Lepas





Kilang perindustrian yang berpusat di Bayan Lepas memerlukan ramai tenaga buruh, justeru pihak kilang terpaksa mengimpot ramai pekerja asing bagi menampung kekosongan yang ada.Akibat daripada itu ,pihak kilang memerlukan rumah untuk di sewa untuk pekerja pekerjanya.Memandangkan pilihan kawasan penempatan yang paling terdekat, adalah di Bayan Lepas.
Di kawasan Bayan Lepas saja terdapat taman perumahan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Kampung,hutan,bukit dan sungai yang ada pun sudah lenyap dek pembangunan yang pesat.Kampung Masjid,Kampung Perlis,Kampung Bukit dan kampung kampung yang lain, semua nya dah jadi kawasan kecil atau tiada langsung, semua nya dijadikan taman taman perumahan.Tiada lagi kicauan burung pada waktu pagi dan kanak kanak tidak dapat mandi di air terjun kerana semuanya telah ditelan oleh pembangunan, itulah peredaran zaman.
Dulu pekerja asing ramai di kawasan perumahan Bayan Lepas yang telah disewa oleh majikan.Peniaga perniaga di Bayan Lepas bagaikan mendapat durian runtuh dari hasil hasil jualan ,baik kedai makan ataupun runcit.Tapi sekarang semuanya sudah berubah kerana tiada lagi pekerja asing yang tinggal di sini.Sejak ada persatuan penduduk tiap tiap taman perumahan, maka tidak membenarkan pekerja asing menyewa lagi di kawasan tersebut.Dengan alasan masalah sosial,adat dan budaya mereka tidak dapat diterima oleh penduduk taman.Memang tidak dinafikan bahawa cara kehidupan mereka berlainan daripada kita,tapi bukan semuanya busuk.
Keputusan yang dibuat oleh persatuan penduduk terlalu drastik hingga tidak melihat dari sudut ekonomi Bayan Lepas.Bayangkan bahawa mereka berpindah dan menetap di kawasan Relau(dipanggil flet 88).Dulu kawasan ini tidak maju langsung bagaikan tempat kawasan 'jin tendang 'tapi sekarang lihat betapa majunya kedai kedai perniagaan ,baik cina mahupun melayu.Misalnya,kalau seorang pekerja asing belanja satu hari rm 4 maka,kalau seribu orang tentunya rm 4000...dan seterusnya....Betapa untungnya peniaga peniaga disana..
Nak diharapkan penduduk tempatan ,hampeh!!!Mereka masing masing ada kenderaan,yang saya tau(termasuk saya) pergi pasar raya Sunshine,Giant,Tesco dan tempat tempat yang jauh dari Bayan Lepas semata mata untuk membeli barang barang keperluan.Sekarang pekan Bayan Lepas dah jadi serupa pekan highway,tempat lalulalang kenderaan kenderaan dari Balik Pulau ke Tanjung dan sebaliknya.Ramai perniaga di Bayan Lepas ada yang gulung tikar atau pekedai nasi mengimpas lauk,takut lalat hinggap atau pun sekadar...., memerangkap debu debu kenderaan..tapi ada juga yang boleh tahan maju nya itupun terpaksa berhempas pulas memberi perkhimatan terbaik untuk merebut pelanggan yang sikit.
Berbalik kepada persatuan penduduk perumahan Bayan lepas,keputusan yang dibuat boleh dibincang lagi dengan majikan mereka, jangan di halau terus pekerja asing ke tempat lain,kalau halau balik terus ke negara mereka tidak mengapa....ni halau ke tempat lain....,Misal nya ,minta majikan mereka tubuhkan satu jawatankuasa di kawasan perumahan bagi mengawal aktiviti mereka yang tidak bermoral..,atau adakan kelas Fardu Ain seminggu sekali bagi mereka yang beragama islam dan berbagai bagai cara bagi mengatasi masalah ini..
Semoga kita sama sama majukan Bayan Lepas...Amin



Nota:Nak tunjuk tahap kekuatan kuasa,kot kot boleh sampai peringkat Gaban...

Monday, January 10, 2011

Ng Wei Aik,Rasis DAP Menzalimi Peniaga



Kejadian ini berlaku pada 2/1/2011 di Pengkalan Kota.


Nota: Anda boleh menilai sendiri,'dah baling batu, sembunyi tangan'...Tengok hero mengangkat tong gas demi menyelamat orang ramai daripada terbakar,ha..ha..ha..

Sunday, January 9, 2011

Tangkap ular sawa





Kebetulan aku melalui satu lorong Permatang Tepi Laut untuk pergi warung nasi,dan aku terserempak dengan budak budak kecoh dalam muara sungai....Aku pun berhenti dan melihat betapa beraninya mereka menangkap ular sawa sepanjang lebih kurang satu meter...,dan sikit pun mereka tidak takut...Mungkin satu hari budak budak ini akan mengantikan hero 'croc...hunter'...
Syabas!!!!


Nota:Budak ni kalau masak , tak empok ni.....

Friday, January 7, 2011

BAYAN LEPAS: Sukan Rakyat Bayan Lepas 1hb Jan 2011

BAYAN LEPAS: Sukan Rakyat Bayan Lepas 1hb Jan 2011

Baru baru ini, Umno Bayan Lepas telah menganjurkan sukan rakyat di berdekatan dengan Tabung Haji.Alhamdullilah..,semua berjalan dengan lancar,cuaca pun elok tapi tak begitu ramai orang...Yang datang pun di kalangan orang orang Umno saja ,tidak semua penduduk Bayan Lepas.Diharap tahun hadapan dapat mengumpul lebih ramai lagi...
Sukan ini di mulakan seawal lapan pagi dan selesai semua acara pada lewat tengahari.., syabas kepada pertugas yang menjayakan semua acara dengan lancar..
Walau bagaimanapun sukan ini memang best!!