Sunday, January 30, 2011

Jalan Jalan cari makan:Pulau Sayak









Bangun tidur pukul 4.30 petang,perut terasa lapar teringat nak makan...
Apa lagi,suruh semua(keluarga) siapkan diri masing masing dan kami pun bertolak dengan kereta tanpa tujuan.Dalam kereta ,kami pun membuat keputusan pergi makan ke Pulau Sayak.
Turun saja dari Jambatan P.Pinang kami melalui lebuhraya BORR dan susur keluar ke Jalan Bagan Ajam terus ke Pematang Bedahari,Penaga.Dari situ kami menaiki Jambatan Kuala Muda melepasi sempadan dua negeri Pulau Pinang dan Kedah.Dalam perjalanan di sini saja suasana amat mengasyikan,di kiri kanan jalan, sawah padi yang hijau luas terbentang,suasana kampung kampung dan sungai Kuala Muda,terasa lapang dada melihat pemandangan yang tak ada di tempat kami.
Dari Jambatan Kuala Muda,kami mengambil jalan ke Pantai Merdeka dan sebelum sampai Pantai Merdeka lebih kurang 2 kilometer ada satu simpang menuju terus ke destinasi kami lebih kurang 3 kilometer.
Di sini ada beberapa kedai makan yang berhadapan dengan Pulau Sayak dan kami pun memilih satu restoran mee udang bersebelahan dengan kubur lama(kerabat sultan kedah).Restoran ini terletak betul betul tepi pantai dan bot bot nelayan sedang memunggah hasil tangkapan mereka.
Panorama di sini sungguh indah sekali dan kami pun memesan tiga pinggan mee udang special(enam ekor udang besar satu pinggan),dua pinggan nasi goreng,satu cawan teh o dan tiga gelas jus buah.Kami terkejut juga harganya iaitu cuma rm 45.50,murah sungguh!!!Di Pulau Pinang mungkin tidak dapat harga begitu,pada hal sekarang musim perayaan Tahun Baru Cina pula.
Lebih kurang satu jam kami berada di sini,maka kami pun bertolak balik dan sebelum balik kami singgah dulu di Tesco Sungai Petani untuk membeli keperluan dapur.




Nota:Tempat betul betul relax.....

No comments:

Post a Comment