Blog ini menceritakan peristiwa, pengalaman dan pandangan penulis di kawasan Bayan Lepas.
Tuesday, January 11, 2011
Kebanjiran pekerja asing di pekan Bayan Lepas
Kilang perindustrian yang berpusat di Bayan Lepas memerlukan ramai tenaga buruh, justeru pihak kilang terpaksa mengimpot ramai pekerja asing bagi menampung kekosongan yang ada.Akibat daripada itu ,pihak kilang memerlukan rumah untuk di sewa untuk pekerja pekerjanya.Memandangkan pilihan kawasan penempatan yang paling terdekat, adalah di Bayan Lepas.
Di kawasan Bayan Lepas saja terdapat taman perumahan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Kampung,hutan,bukit dan sungai yang ada pun sudah lenyap dek pembangunan yang pesat.Kampung Masjid,Kampung Perlis,Kampung Bukit dan kampung kampung yang lain, semua nya dah jadi kawasan kecil atau tiada langsung, semua nya dijadikan taman taman perumahan.Tiada lagi kicauan burung pada waktu pagi dan kanak kanak tidak dapat mandi di air terjun kerana semuanya telah ditelan oleh pembangunan, itulah peredaran zaman.
Dulu pekerja asing ramai di kawasan perumahan Bayan Lepas yang telah disewa oleh majikan.Peniaga perniaga di Bayan Lepas bagaikan mendapat durian runtuh dari hasil hasil jualan ,baik kedai makan ataupun runcit.Tapi sekarang semuanya sudah berubah kerana tiada lagi pekerja asing yang tinggal di sini.Sejak ada persatuan penduduk tiap tiap taman perumahan, maka tidak membenarkan pekerja asing menyewa lagi di kawasan tersebut.Dengan alasan masalah sosial,adat dan budaya mereka tidak dapat diterima oleh penduduk taman.Memang tidak dinafikan bahawa cara kehidupan mereka berlainan daripada kita,tapi bukan semuanya busuk.
Keputusan yang dibuat oleh persatuan penduduk terlalu drastik hingga tidak melihat dari sudut ekonomi Bayan Lepas.Bayangkan bahawa mereka berpindah dan menetap di kawasan Relau(dipanggil flet 88).Dulu kawasan ini tidak maju langsung bagaikan tempat kawasan 'jin tendang 'tapi sekarang lihat betapa majunya kedai kedai perniagaan ,baik cina mahupun melayu.Misalnya,kalau seorang pekerja asing belanja satu hari rm 4 maka,kalau seribu orang tentunya rm 4000...dan seterusnya....Betapa untungnya peniaga peniaga disana..
Nak diharapkan penduduk tempatan ,hampeh!!!Mereka masing masing ada kenderaan,yang saya tau(termasuk saya) pergi pasar raya Sunshine,Giant,Tesco dan tempat tempat yang jauh dari Bayan Lepas semata mata untuk membeli barang barang keperluan.Sekarang pekan Bayan Lepas dah jadi serupa pekan highway,tempat lalulalang kenderaan kenderaan dari Balik Pulau ke Tanjung dan sebaliknya.Ramai perniaga di Bayan Lepas ada yang gulung tikar atau pekedai nasi mengimpas lauk,takut lalat hinggap atau pun sekadar...., memerangkap debu debu kenderaan..tapi ada juga yang boleh tahan maju nya itupun terpaksa berhempas pulas memberi perkhimatan terbaik untuk merebut pelanggan yang sikit.
Berbalik kepada persatuan penduduk perumahan Bayan lepas,keputusan yang dibuat boleh dibincang lagi dengan majikan mereka, jangan di halau terus pekerja asing ke tempat lain,kalau halau balik terus ke negara mereka tidak mengapa....ni halau ke tempat lain....,Misal nya ,minta majikan mereka tubuhkan satu jawatankuasa di kawasan perumahan bagi mengawal aktiviti mereka yang tidak bermoral..,atau adakan kelas Fardu Ain seminggu sekali bagi mereka yang beragama islam dan berbagai bagai cara bagi mengatasi masalah ini..
Semoga kita sama sama majukan Bayan Lepas...Amin
Nota:Nak tunjuk tahap kekuatan kuasa,kot kot boleh sampai peringkat Gaban...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment