Pilihanraya adalah satu platfom untuk meluahkan perasaan pengundi sama ada puashati atau tidak terhadap pemerintah sekarang dan bagi pemimpin parti pulak ,adalah untuk merebut kuasa pemerintahan atau untuk membela nasib rakyat(betul ke....).
Daripada situasi politik sekarang,maka tidak mustahil pilihanraya akan diadakan pada tahun ini,memandangkan persiapan Barisan Nasional yang aktiviti di 'high lightkan' di media cetak dan elektronik-
Kalau BN mengadakan pilihanraya pada tahun ini,maka menjadi satu kesilapan besar pada parti BN,kerana mungkin banyak negeri akan jatuh kepada PR.Kerajaan BN belum cukup mantap bagi menandingi PR.Banyak masalah rakyat belum diselesaikan oleh BN,terutamanya harga barang yang sentiasa naik.
Rakyat tidak mahu mendengar masalah kewangan negara sedangkan pemimpinnya termasuk YB(BN) hidup dalam keadaan mewah,tambah tambah isteri Perdana Menteri asyik asyik keluar negara bukan kah itu jawatan menteri luar?.Kenapa yang Datin Seri Rosmah menyibuk tak tentu pasal..,ingattt... rakyat tengok semua tuu...Saya harap Datin Seri janganlah terlebih sudu dari kuah,kalau ingat mahu menang semua negeri. Bagi Perdana Menteri ingat!,cara politik mesti ditukar dengan cara yang baru kerana maklumat kepincangan dalam kerajaan senang diperolehi.Di antaranya,memberi bantuan juta juta ,rata ratanya orang Umno yang dapat,itu dah sah sahnya undi BN.Dan kepada Perdana Menteri,nasihatlah YB YB supaya tunjuk hidup kesederhanaan dan kerap ronda ronda kawasan mereka(kalau boleh naik motorsikal saja,nak tunjuk YB bersama rakyat).Kalau boleh jangan sesekali buat keramaian bagi menyambut kedatangan YB.Satu lagi,kalau nak buat mesyuarat atau majlis majlis apa apa ,jangan buat di hotel hotel besar, cukup sekadar di hotel hotel kecil atau di restoran.Ingat...,rakyat susah dan sedang bekerja berhempas pulas untuk menampung perbelanjaan yang sentiasa naik.Dan lagi satu,gunakan seluruh jentera BN untuk mengadakan dan memperbanyakan aktiviti kampung kampung seperti sukan rakyat,pertandingan bolasepak,gotong royong dan sebagainya bagi mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat.Tapi jangan lupa,YB YB pun kena ikut serta.Jangan pulak time tu ada meeting laa..,,projek laa.., entah apa apa lagi,baru lah pemimpin berjiwa rakyat.Dengan cara ini saja rakyat boleh melupakan kemelut kesusahan yang mereka hadapi.
Kebanyakan pengundi atas pagar bukannya nak undi sangat PR tu,tapi kerana pemimpin BN hidup mewah sangat!!, dan tidak boleh mengawal harga barang yang sentiasa naik, maka terpaksa lah servis bertukar undi.Sekarang hidup rakyat susah,suami isteri kena kerja dan ada pulak suami membuat dua kerja dan buka TV tengok pemimpin BN sedang menjamu selera di majlis majlis besar.Ingattt...,orang(pengundi) kalau sudah terdesak boleh buat apa saja.
Kekuatan PR terletak pada Anwar Ibrahim,kerana beliau pandai mencari kelemahan BN dan pandai menyelesaikan masalah rakyat dengan fakta fakta yang logik.Rakyat sudah muak dengan cerita cerita salah laku Anwar,yang rakyat mahu adalah kawal harga barang jangan dinaikan lagi, itu saja...Mau ingat, bahawa Anwar pernah memegang jawatan menteri kewangan dan beliau tahu kelemahan yang ada di dalam jawatan itu.
Mungkin coretan saya ni agak kasar tapi hanya lah untuk menyedarkan pemimpin Umno yang dulu nya saya sanjung..
No comments:
Post a Comment