Friday, February 25, 2011

Cikgu Shida Dari Parit.


Lagu Ketulusan Hati dimimingkan.



Cikgu Shida dari Parit, siapa?Ada yang kenal ,ada yang tidak.Cikgu ini popular di You Tube adalah seorang guru mengajar murid darjah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang,Bota Kiri,Perak.
Apa istemewanya Cikgu ini.
Sebelum saya komen sikit tentang Cikgu Shida tontonlah video clip dan hayatilah.
Cikgu Shida orang nya jenis "happy go lucky" atau orang penang cakap'mangkaq' tapi kreatif.Video clip yang beliau buat, semua nya dibuat sendiri iaitu pelakon,pengarah, costume,editing dan camera women,boleh dikatakan apa yang di lihat dalam videoclipnya,semua dibuat sendiri..Ramai juga yang mengutuk tindakan seorang guru yang menghasilkan video ini yang dimuat turunkan dalam You Tube.Bagi saya tindakan nya itu tidak menyalahi apa apa kesalahan,kerana professionnya adalah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah tapi ingat, kita manusia menpunyai keinginan yang berbeza.Ramai juga cuba meniru cara Cikgu Shida membuat videoclip ini tapi tak menjadi pun,kerana apa?? Jawapannya adalah susah!!!



Lagu Kalau Berpacaran yang dilakunkan amat berkesan sekali.



Kebanyakan Videoclip di You Tube yang dihasilkan oleh Cikgu Shida mandapat sambutan amat mengalakkan,walaupun pada mulanya, beliau hanya suka suka saja.Dua videoclip yang saya muatkan dalam blog saya ini adalah yang paling berkesan sekali kerana perwatakan dalam videoclip itu amat sempurna ,lihat sajalah lagu Kalau Berpacaran yang mempunyai tiga watak yang berlainan hanya dilakonkan oleh beliau sendiri.Belau pandai melakonkan watak seorang lelaki yang alim,seorang perempuan yang manja dan seekor syaitan untuk mengoda manusia,patutlah videoclip ini mendapat lebih 700,000 views di You Tube.
Lagu Ketulusan Hati yang dimimingkan dan dilakunkan oleh beliau dapat saya rasai keasyikannya daripada penyanyi asal.Boleh saya katakan ,kalau Kudsia Kahar tengok videoclip ini mesti menangis punya,gua cakap luuu... Lihatlah perhayatan dalam videoclip ini,bagaimana mimik muka beliau dapat mengujudkan berbagai perasaan, yang susah dilakunkan oleh kebanyakan penyanyi.Tidak hairanlah TV9 menjemputnya menjadi tetamu dalam rancangan Apa apa saja FBI,pengacaranya Faisal Ismail.



Nota:Selepas ini ramai pengiklan akan mengejar Cikgu Shida....,demand la sikit.....

No comments:

Post a Comment