Sunday, February 20, 2011

Kebakaran di Tanah Perkuburan.


Keadaan selepas berlaku kebakaran.



Ahad 20hb feb.
Kebakaran telah berlaku di sebelah tanah perkuburan Bayan Lepas tapi tiada kecederaann hanya berlaku keadaan kelam kabut dan terpaksa memanggil Bomba untuk memadam kebakaran tersebut.
Kejadian ini berlaku apabila ahli kariah Masjid Bayan Lepas membersih Tanah wakaf di sebelah Tanah Perkuburan.Secara tidak sengaja seorang daripada ahli kariah telah membakar longgokan sampah dan tiba tiba api telah menyambar belukar yang terdapat di situ.Apa lagi ,api terus menyala dengan pantas sekali menyebabkan berlaku keadaan panik,tapi ada tiga empat orang berani cuba memadam kebakaran tersebut.Bomba datang dalam masa 20 minit tapi kebakaran itu berjaya dipadam sebaik Bomba tiba.






Bomba telah tiba setelah api terpadam





Lihat hero hero ahli kariah Bayan Lepas cuba memadam kebakaran





Nota: Mungkin agak terkejut juga apabila ahli bomba memberi tahu bahawa sesesiapa yang membakar hutan dengan sengaja atau tidak ,Jabatan Alam Sekitar akan mengeluarkan saman sebanyak rm 500,000.00. wow!!!

No comments:

Post a Comment